Jika kurang sihat seperti terkena demam atau selsema, aneka hidangan bersup amat sesuai anda nikmati. Tak kiralah sup ayam, daging atau makanan laut. Semuanya enak. Salah satu yang boleh dicuba ialah Sup Ikan Merah. Ikan berisi putih ni emmang lembut dan enak. Pasti membantu anda untuk rasa lebih segar.
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping isi ikan merah
- 3 biji tomato | dibelah empat
- 1 biji limau nipis | diambil jus
- 1 pokok daun sup | dihiris halus
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
Bahan Tumis :
- 1 bungkus sup bunjut ikan
- 2 biji bawang merah | dimayang halus
- 1 biji bawang besar | dimayang halus
- 3 ulas bawang putih | dimayang halus
- 2.5cm halia | dimayang halus
- 2.5cm lengkuas | dimayang halus
- 3 biji lada hitam | ditumbuk
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang, halia, lengkuas, lada hitam dan juga sup bunjut. Kacau sehingga wangi dan masukkan air dengan secukupnya. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan dan biarkan masak. Tambahkan jus limau nipis mengikut citarasa anda
- Tambahkan buah tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Padamkan api apabila buah tomato kelihatan lembut.
- Taburkan daun sup yang telah dihiris halus dan nikmati ketika panas.
INFO CHEF: Ubah kuantiti jus limau nipis mengikut citarasa anda. Jika sukakan rasa sup yang lebih masam, lebihkan jumlahnya.