Orang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat.  Cubalah  salah satu dari tiga tip berikut:

Rendam Dengan Air Biasa

Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya

IKLAN

Rendam Dengan Air Garam

Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman.  Selepas direndam toskan.

IKLAN

Rendam Dengan Air Panas

Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan  sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI