Bila sebut kek coklat, semua pasti menggemarinya. Namun tak semua suka dengan saiz yang besar, kerana sukar untuk menghabiskannya dalam masa singkat.
Jadi kali ini, Rasa kongsikan resipi kek coklat moist versi sikit daripada Khairunnisa Mohammad. Cara buatnya memang mudah dan lagi sedap bila tuang coklat ganache sebagai topping.
KEK COKLAT MOIST VERSI SIKIT
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur gred A/B
½ cawan + 1 sudu makan tepung gandum – beli online di sini
½ cawan gula – beli online di sini
½ cawan serbuk koko
½ cawan susu cair – beli online di sini
½ cawan minyak masak
¼ cawan susu pekat manis – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanila
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk kopi bancuh dengan 1 sudu besar air panas
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau sampai berbuih. Masukkan gula dan esen vanila. Kacau sampai gula larut.
2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati dan tiada ketulan.
3. Masukkan susu cair. Kacau sebati. Masukkan minyak. Kacau sebati.
6. Kalau pakai bekas saiz 250 macam saya tu, boleh dapat 5 bekas. Tuang separuh bekas je. Nanti kek akan kembang sampai atas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN CHOCOLATE GANACHE:
1 cawan susu cair
½ cawan serbuk koko
1/2cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil minyak masak
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.
2. Hidupkan api dan kacau hingga pekat sikit. Matikan api. Boleh tuang ke atas kek masa panas ataupun sejuk.
Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: