Cara Mudah Dan Cepat Resipi Sambal Hitam Pahang, Lagi Pedas Lagi Power!

Share

Sambal pembuka selera yang terkenal di negeri Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.

SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • Minyak masak
  • Belimbing buluh yang sudah di rebus
  • 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
  • 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 7 ulas bawang merah (5 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (3 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
  • 1/2 bawang besar dihiris nipis *jika perlu
  • Garam & gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.

4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.

5. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit

6. Masukkan bawang besar jika perlu. Bagi lembut/layu.

 

INFO: Sambal ini boleh disimpan lama tau. Boleh makan dengan roti dan nasi kosong pun boleh.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ain Nazirah Roslan

Published by
Mastura Abu Kassim