Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi 2 kali.
Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
SAMBAL TOTOK JAWA
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Ikan bilis digoreng dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
Ads
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
Ads
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka.
Sambal yang sedap diratah adalah sambal tempe ikan bilis. Caranya kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Sedapnya Kuah Kacangni. Walaupun simple je tapi nampak sangat mengiurkan. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian. Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak. Bagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan. Nak cuba? Saudara Abdul Razak Abdul Rahim ada kongsikan resipi Kuah Kacamg paling ringkas yang boleh kita masak untuk keluarga.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan goreng kacang hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sejukkan seketika. Kemudian kisar kering.
2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa adabi tanpa biji. Masukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah kacang terlalu masam. 4. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering. Jika tidak pekat, boleh lebihkan kacang.
5. Kemudian masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam mengikut selera. Kuah kacang sedap kalau manis.
6. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih sedap. 7. Teruskan memasak hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
8. Kuah kacang siap untuk dinikmati bersama nasi impit atau apa sahaja mengikut selera anda.
INFO:
Kuah boleh dibuat awal. Makin lama dipanaskan, lebih sedap rasanya.
Ada yang suka tambah udang kering. Boleh letak ikut selera masing-masing.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.