Lagi Sejuk Lagi Sedap, Resipi Mudah Sumsum Sagu Gula Merah

Share

Buat mereka yang meminati manisan tradisional, resipi sumsum sagu mata ikan sirap gula merah ni harus dicuba.

Mudah je nak buatnya dengan ikut cara yang yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish ini. Lagi sejuk lagi sedap makan sajian manisan ni.

 

SUMSUM SAGU MATA IKAN SIRAP GULA MERAH

BAHAN LAPISAN BAWAH:

2 cawan sagu – beli online di sini
5 cawan air

TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas

| Dapur Rasa Live

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

BAHAN LAPISAN ATAS:

400ml santan – beli online di sini
300ml air
¼ cawan tepung beras – beli online di sini
½ sudu teh garam halus
1 helai daun pandan | disimpul

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN SIRAP GULA MERAH:

1 cawan gula merah – beli online di sini
3 sudu makan gula – beli online di sini
2 cawan air
1 helai daun pandan | disimpul

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Didihkan air, masak sagu hingga warna putih tidak kelihatan. Kemudian letak ke dalam tapis lalukan pada air buang kanji/lendir sagu.


2. Sediakan bekas yang sesuai letak sagu separuh daripada bekas sahaja.
3. Di dalam kuali satukan semua bahan lapisan atas, masak hingga likat timbul letup-letup terus tuang ke dalam bekas sagu tadi. Biarkan sejuk (boleh lihat video DI SINI)


4. Di dalam periuk satukan semua bahan sirap gula merah, masak hingga mendidih dan gula hancur, tutup api tapiskan. Sejukkan di dalam peti ais dahulu.
5. Cara hidangan siram sirap gula merah di atasnya sedia dinikmati, sedap sangat wajib cuba.

Kredit resipi: Julia Aleen Aireish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff