
Lai Chi Kang ni adalah minuman penyejuk badan. Jika suka, boleh juga dicampurkan dengan buah kabung untuk menambah rasa enak.
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan cincau
- 1/2 sudu makan buah pala kering
- 1 sudu makan kacang merah
- 3 biji laici
- 1 sudu makan cendol
- 2 sudu makan jeli
- 1 sudu makan kembang semangkuk
- 1/2 sudu makan selasih
- 1/2 sudu makan barli
- 10 ml air gula merah
- 10 gm isi buah tembikai
- 20 ml air gula putih
- 100 ml air
- Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Kesemua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan air, air gula dan air gula merah. Kacau rata.
- Masukkan kiub ais. Sedia untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat ‘smoothie’ 5 Bahan, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi Di Musim Raya Ni…

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS

Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN

Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)

Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU

Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
- 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
- 2 cawan air
- 1 gelas jus oren
- 1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI:
7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Jadikan Diri Segar dan Bersemangat
Buat Lemon Kering, Cara Elak Buah Lemon Busuk Jika Beli Banyak

Buah lemon ini selalu kita masuk dalam minuman dan makanan. Disebab selalu digunakan kita biasanya akan beli dalam kuantiti yang banyak, tambah pula jika harganya mudah ketika itu.
Tapi masalahnya bila lama disimpan dalam peti sejuk lemon tetap jadi buruk. Supaya tak membazir jika ada banyak lemon di rumah boleh buat lemon kering. Bila dah ada lemon kering ini, nak buat air lemon pun senang. Masukkan saja dalam cawan.
Cara-cara buat lemon kering

1.Basuh lemon dengan air garam.
2.Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.
3.Jemur lemon bawah matahari seharian.

4.Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.
5.Esoknya jemur lagi (ulang proses sehingga betul-betul kering)
6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah 5-6 jam (sehingga betul-betul kering).
Cara penggunaan lemon kering untuk minuman

1. Rendam 1 – 2 keping lemon kering ke dalam secawan air suam / panas selama 5 minit.
2. Boleh dicampur bersama gula / madu / halia / teh / chia seed.
3. Siap untuk dihidang.
4. Tambahkan ais jika mahu dihidang sejuk.

Kegunaan lain
- Boleh jadi bahan masakan berasaskan lemon
- Air mandian campuran lemon untuk kesegaran badan
- Boleh juga jadi pewangi rumah (potpourri)
- Sesuai juga dijadikan sebagai goodies.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Siti Norhafiza Abdul Razak
Cara Hilangkan Batuk Guna Bawang Putih & Madu. Memang Berkesan!

Cuaca Malaysia yang sentiasa berubah panas dan lembap adalah salah satu faktor untuk mudah diserang batuk terutama sekali bila tiba musim perayaan atau musim buah-buahan. Selain mengambul ubat yang dibekalkan oleh pakar perubatan, kita juga boleh cuba cara semulajadi.
Menerusi perkongsian Puan Iza Haliza Mohd Zain, memberi petua mudah untuk menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan madu dan bawang putih. Antara yang diperlukan ialah:
CARA ATASI MASALAH BATUK SECARA SEMULAJADI
BAHAN-BAHAN
- 1 botol kecil madu
- 3 ulas bawang putih
CARA-CARA
- Bawang putih dicincang halus.
- Campurkan madu dengan bawang putih. Biarkan selama 3 jam.
- Cadangan pengambilan, setiap jam, minum satu sudu makan.

Kredit resipi dan gambar: Iza Haliza Mohd Zaid

