Lai Chi Kang.

Share

Lai Chi Kang ni adalah minuman penyejuk badan. Jika suka, boleh juga dicampurkan dengan buah kabung untuk menambah rasa enak.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan cincau
  • 1/2 sudu makan buah pala kering
  • 1 sudu makan kacang merah
  • 3 biji laici
  • 1 sudu makan cendol
  • 2 sudu makan jeli
  • 1 sudu makan kembang semangkuk
  • 1/2 sudu makan selasih
  • 1/2 sudu makan barli
  • 10 ml air gula merah
  • 10 gm isi buah tembikai
  • 20 ml air gula putih
  • 100 ml air
  • Ais kiub secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

  1. Kesemua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air, air gula dan air gula merah. Kacau rata.
  3. Masukkan kiub ais. Sedia untuk dihidang.
Published by
Nur