Nak sarapan yang senang tapi ada pedas, ada manis, ada rasa lemak-lemak sikit, rasanya mesti korang suka makan crogue monsiuer sambal ikan bilis ni. Sandwic ni lain macam sebab ada gabungan makanan Melayu dan barat. Jom try buat.
BAHAN-BAHAN
• Roti sandwic secukupnya
• Beberapa keping keju cheddar
• Beberapa helai daun salad
• 2 Sudu makan mentega
BAHAN INTI
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih (dicencang)
• 1 biji bawang besar (dicencang)
• 2 biji tomato
• 4 sudu makan puri tomato
• 3 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh oregano
• 1 sudu teh mix herbs
• 1 sudu makan sos cili
• 75 gram ikan bilis
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, oregano, mix herbs dan sos cili. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga masak. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, diikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.
2. Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.
3. Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak roti tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.
4. Angkat, potong roti dan nikmati segera.
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan