Hari ni mengidam nak makan laksa. Tapi bukan laksa utara atau penang. Kita buat laksa cina. Kombinasi ikan kembung dan sardin memekatkan kuah dan tambah enak. Selain itu untuk kuahnya kita letakkan campuran bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, buah keras dan kunyit memberikan kelainan rasa pada kuah laksa. Kepedasan kuah terpulang pada citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
Ikan kembung/ sardin
1 tin sardin besar
2-3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras **
4 batang kunyit hidup *
Cili padi ikut suka *
Cili kering dikisar ikut suka
1/2 inci belacan**
Asam keping ikut suka
4 kuntum bunga kantan
4 batang daun kesom
1/2 biji buah nenas dikisar
* Ditumbuk / kisar sekali
** Ditumbuk asing
Bahan untuk hiasan:
Bawang besar dihiris
Cili padi dipotong kecil-kecil
Bunga kantan dihiris
Fish ball direbus
Fish kek digoreng dipotong-potong
Daun pudina
Limau Kasturi
Telur rebus
Cara memasak:
Ads
1. Rendam laksa dahulu sampai agak lembut . Rebus tak lama. Masa merebus pastikan letak garam , moga laksa sedap. Sambil tu rebus telur sekali. Pastikan telur dibasuh. Jimat masa.
2.Semua bahan * tumbuk ditumis sampai wangi. Kemudian masukkan bahan ** . Lengkuas, belacan dan terus tumis sampai semua bahan tumisan betul-betul masak.
3.Pastikan semua bahan betul-betul masak.
4. Masukkan semua ikan yang ditumbuk, air rebusan, bunga kantan, daun kesom , asam keping, cili padi, buah nenas.
5. Perasakan gula, garam dan perasa secukupnya.
6.Gaulkan rata dan biarkan masak selama mana suka, lagi lama lagi sedap. Biarkan mereneh . 7. Dah siap untuk dihidang untuk keluarga.
Ads
*Tip Boleh letak petis udang kalau suka. Laksa cina asli tak perlu letak petis udang.
Kredit: Jamaiyah Sadri
Bagi penggemar sajian Barat, menu Meatball Carbonara Cheeseperkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammadni boleh anda cuba. Resipi yang sangat mudah, membuka selera dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bahkan kanak-kanak pun menggemarinya. Jika dijadikan menu jualan pun sesuai.
Menu ringkas untuk masakan sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap saja tau.
Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar.
1. Sangai oat bersama nestum hingga keperangan. Angkat dan ketepikan. 2. Gaulkan sotong bersama tepung jagung, tepung beras, lada putih dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak. 3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan cili padi dan daun kari. 4. Bila daun kari kelihatan sedikit garing, masukkan udang dan gaul rata. 5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Guna minyak yang banyak semasa menggoreng sotong bagi memastikan ia masak secara sekata.
SOTONG BAKAR KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kepala dan kulit arinya 2 sudu makan kicap pekat manis – beli online di sini 1 sudu teh gula perang – beli online di sini 1 sudu teh perasa ayam 1 helai daun salam Garam secukup rasa 2cm lengkuas | ketuk
1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair. 2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya. 4. Tutup api dan tambahkan kicap, gaul rata. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata. 5. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangkan panas-panas.
SOTONG MASAK NYONYA SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
½ kilo sotong putih | cuci dan potong 3 biji limau kasturi | perah dan ambil jusnya – beli online di sini 4 sudu makan sos tomato Minyak masak secukupnya – beli online di sini Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah 3 biji cili padi merah 3 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 sudu teh belacan Kunyit Halia 3 helai daun limau purut 2 batang serai – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. 2. Masukkan sotong dan jus limau kasturi. Masak selama 5 minit. 3. Masuk sos tomato, gula dan daun pudina. Perasakan dengan garam secukup rasa. 4. Sebelum menghidang, hiaskan dengan daun pudina. Sedia untuk dinikmati!
2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji cili hijau 4 biji cili api merah Belacan sesedap rasa korang Garam Gula 1 sudu serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu). 2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa. 3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit.
INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Kredit resipi & gambar: Dapur Lazz
SOTONG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dipotong 2 atau kecil bulat-bulat 1 inci halia | dihiris halus 3 ulas bawang merah | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 1 biji bawang besar | dihiris besar dan tebal 1 tangkai cili merah | dipotong serong Asam jawa sebesar ibu jari | dibuat air asam Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih. 2. Bila sudah wangi, boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing, 3. Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam. 4. Tambah air jika suka berkuah. Kacau sebati hingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidang.
*INFO: Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi. Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
Kita panggil kuih bakar pandan. Ada yang panggil bingka tepung. Suka yang jenis kosong macam nu tak letak bijan. Tak kisah , janji sedap. Kuih kesukaan seisi keluarga ni.
KUIH BAKAR PANDAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 2 biji telur 1 cawan gula(kurangkan kalau tak nak manis) 1 cawan air pandan 2 1/2 cawan santan sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dan kisar sekejap. 2.Kemudian boleh lah dimasukkan dalam loyang dan dibakar. 3.Bakar dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih bakar lama sikit.
Kredit : Zaizul MK
ADA YANG NAK MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.