Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
1. Pho (Vietnam)
2. Pad Thai (Thailand)
3. Laksa (Indonesia)
4. Pancit (Filipina)
5. Char Kway Teow (Singapura)
6. Khao Soi (Thailand)
7. Curry Laksa (Singapura)
8. Beef Pho (Phở bò) (Vietnam)
9. Grilled Pork Meatballs with Vermicelli Noodles (Bún chả) (Hanoi, Vietnam)
10. Quang-Style Noodles (Mì Quảng) (Vietnam)
20. Laksam
39. Mee Rebus
44. Mee Siam
45. Lor Mee
49. Mee Goreng Mamak
Kredit gambar: TasteAtlas.com