Pernah makan Laksa Lemak Kedah tak? Kalau belum pernah memang patut cuba resipi Laksa Lemak Kedah ni. Katanya resipi yang dikongsikan oleh Liyana Hassan di Facebook ni memang sedap gila, mantap, dan padu! Ish habislah diet macam ni asyik jumpa resipi sedap je. Disebabkan diet saya dah hancur, korang pun patut cuba resipi ni dan hancurkan diet korang juga hihi.
LAKSA LEMAK KEDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian kisar hancur. (Boleh guna ikan lain juga)
1-2 biji bawang besar di kisar
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam
Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
Jangan lupa rebus laksa ye
Ulam-ulam boleh letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Liyana Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/hampir-9k-perkongsian-resipi-roti-puri-ini/
https://www.rasa.my/resipi-kerabu-pucuk-paku-penambah-selera/
https://www.rasa.my/resipi-nasi-ulam-yang-sedap-dan-lebih-sihat/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official