Keenakan laksa terletak pada kuahnya. Pilihan ikan yang lemak memberikan rasa yang sedap seperti ikan kembung dan sardin. Boleh buat untuk hidangan untuk minum petang.
BAHAN-BAHAN
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
1-2 biji bawang besar- di kisar
2-3 SB serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
Jangan lupa rebus laksa ye 😂
Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis gitew.
Selamat mencuba! 😋
kredit: liyana hassan