Maya Karin memang sentiasa cantik dan menawan. Kalau dah memang cantik, tengah memasak pun kekal jelita. Seronok kan menonton episod ke-19 Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua petang tadi, Datuk Chef Wan masak Laksa Penang dan Sagu Gula Melaka untuk Maya.
Datuk Chef Wan sempat belajar beberapa perkataan Jerman dari Maya Karin iaitu bahasa sebelah ayahnya.
Bila bercerita pasal menu Ramadan, Laksa Penang memang sentiasa menjadi menu istimewa Maya, maklumlah kalau dah orang Penang laksa memang tak dapat dipisahkan. Sagu gula Melaka pula pelengkap menu berbukanya.
Istimewanya bukan sahaja isi ikan digunakan, tetapi tulang dan kepala turut direbus dan dikisar yang mengayakan lagi rasa ikan yang manis dan segar.
Bermacam tip dan cerita yang disembangkan bersama seniwati terkenal ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ini yang begitu ramah dan lemah lembut orangnya.
Jom kita semak resipi Laksa Penang dan Sagu Gula Melaka yang dikongsikan oleh mereka.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN :
- Isi ikan (tulang dan kepala juga direbus dan dikisar, tapis airnya)
- Laksa (rebus sahaja)
- Bawang merah
- Cili merah
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Timun
- Daun pudina
- Nenas
- Telur
- Otak-otak (pes udang)
- Asam jawa
- Asam keping
- Cili padi
- Garam
- Gula Bahan kisar:
- Bawang merah kecil
- Bawang putih
- Halia
- Belacan
Cili kering
Hiasan:
- Bunga kantan CARA MEMASAK :
1. Rebus ikan di dalam periuk. Setelah rebus, asingkan antara isi dan tulang ikan.
2. Isi ikan dihancurkan menggunakan sudu manakala tulang ikan dikisar dan ditapis airnya.
3. Air tulang ikan yang ditapiskan dipanaskan di dalam periuk.
4. Masukkan bahan kisar dan bunga kantan yang telah dihiris ke dalam periuk.
5. Kemudian masukkan asam keping dan separuh isi ikan yang telah dihancurkan. Gaul semua sehingga naik bau.
6. Kisarkan separuh lagi isi ikan yang telah hancur bersama sedikit air.
7. Setelah itu masukkan daun kesum bagi mewangikan kuah laksa ini.
8. Masukkan air asam jawa dan isi ikan yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga kuah mendidih.
9. Masukkan sedikit garam dan 3 sudu pes udang.
10.Rebus selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat.
11.Setelah pekat, sedia untuk dihidangkan.
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
- 250gm biji sagu
- 4 cawan air
- 80gm gula melaka
- ½ cawan air
- 1 helai daun pandan (simpulkan)
- 300 ml santan pekat | campur sedikit garam dan kacau rata
*boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan CARA MEMASAKNYA :
1. Didihkan air, masukkan sagu biar sampai jernih (putih semua), masukkan pandan. Kacau sagu tersebut.
2. Masukkan gula melaka, pandan, gula pasir, ke dalam kuali lain. Kacau bagi pekat.
3. Manakala santan juga dimasukkan ke dalam kuali lain bersama-sama dengan garam dan pandan. Kacau santan bagi semuanya sebati.
4. Setelah sagu sudah jernih semuanya. Alihkan dan ditoskan sagu ke dalam bekas baru.
5. Bilas sagu menggunakan air.
6. Apabila gula melaka dah pekat di dalam kuali, tambah sedikit air.
7. Setelah santan masak, tutup api dan dibiarkan sejuk.
8. Letak sagu dalam bekas kemudian letakkan dalam peti sejuk (2-3 jam).
9. Setelah sagu telah sejuk, masukkan santan dan gula melaka.
10. Kemudian sagu gula melaka sedia untuk dihidangkan.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA
Teruskan setia menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Tinggal tiga episod lagi dengan siaran akhir istimewa Hari Raya pada 25hb Mei ini. Tiga artis lagi bakal menemui anda nanti dengan resipi lebih menarik.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI: