Laksa Utaqa Atau Laksa Johor Mana Satu Pilihan Hati? Keduanya Sedap Dan Memang Layan

Share

Sebut sahaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Tak kiralah sama ada laksa utaqa mahupun laksa johor keduanya mempunyai keenakan dan keistimewaan yang tersendiri. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya bila dihidang dengan laksa ini. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.

Laksa Utaqa Ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang)
Rebus
20 ekor ikan kembung
2-3 keping asam keping
Kisar
10-15 tangkai cili kering (rendam dulu)
3 biji bawang besar
Belacan (besar ibu jari)

Kuah
1 batang bunga kantan
Daun kesum
Garam& gula, ajino moto secukup rasa

Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam.
2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi(Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja)
3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja
4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati.
6. Siap untuk dihidang bersama laksa
Resipi: Mohd Zahir


Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:


5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
  1. Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
  4. Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.

Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR

Published by
Putri Adila Saari