Laksam dinikmati bersama kuah yang sama seperti kuah laksa lemak Kelantan. Yang membezakan hanyalah mi nya sahaj. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500ml air
½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
3 biji telur rebus – dihiris
Daun salad secukupnya – dihiris
½ batang timun | dihiris
4 tangkai kacang panjang | dihiris
Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
3 ekor ikan sardin
250ml santan
1/2 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
2 kiub pati ayam
2 sudu makan kerisik
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
2.5cm lengkuas
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
5. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
7. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
8. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
9. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. kacau sebati.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
11. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
12. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.
13. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mihun goreng adalah salah satu hidangan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kalau kita lihat mihun warna putih, itu adalah salah satu ciri-ciri mihun goreng Singapura. Mihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakan antara bihun biasa dengan bihun Singapura.
MIHUN GORENG SINGAPURA
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus bihun (400 gram)
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
3 batang fish cake (potong dadu)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur ayam
Kobis (cencang kasar)
Sawi
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar
Telur rebus (potong bulat)
BAHAN TUMBUK HALUS
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk halus.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis dan sawi.
7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
8. Kacau sehingga rata dan semuanya masak.
9. Angkat dan hias dengan bahan hiasan. Hidang bersama kopi panas melengkap cita rasa.
Banyak resipi yang kongsi tentang cara-cara buat Mi Kuning homemade. Memang mudah dan ternyata rasanya pun lebih sedap. Jangan tak tahu, selain mi, kuetiau juga boleh dihasilkan sendiri di rumah. Bahan tak susah malah memang menjimatkan belanja dapur. Anda pun rasa lebih yakin tentang kebersihannya. Jom cuba buat!
KUETIAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: (dapat anggaran 1.458 kg kuetiau)
2 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 biji putih telur + 1 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.
(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kuetiau menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
2. Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kuetiau sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuetiau. (mama canai 2 kali guna mata mesin yang tebal dan 2 kali mata mesin yang nipis).
3. Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
4. Celurkan kuetiau yang siap dimesin ke dalam air mendidih. kuetiau akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan kuetiau dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuetiau dengan air sejuk/paip sekejap saja).
6.Kemudian toskan kuetiau hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
7.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Salad dan pasta adalah hidangan yang digemari oleh mereka yang suka makanan barat. Hidangan ini memang sangat sedap. Rasanya lemak berkrim. Bagi yang suka sayur, sangat sesuai makan salad. Ada juga pasta yang boleh dilengkapi dengan udang untuk menjadikan ianya lebih mewah. Sedap sangat.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Jom tengok video ni untuk tengok cara buat salad menggunakan anek buah-buahan.