Laksam Kelantan. Sekali Cuba Memang Asyik Teringat!

Share
Laksam dinikmati bersama kuah yang sama seperti kuah laksa lemak Kelantan. Yang membezakan hanyalah mi nya sahaj. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.
BAHAN-BAHAN:
  • 360gm tepung beras
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 1500ml air
  • ½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
  • 3 biji telur rebus – dihiris
  • Daun salad secukupnya – dihiris
  • ½ batang timun | dihiris
  • 4 tangkai kacang panjang | dihiris
  • Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
  • 3 ekor ikan sardin
  • 250ml santan
  • 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 2.5cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan kerisik
  • Lada sulah secukupnya
  • Asam keping secukupnya
  • 2.5cm lengkuas
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
5. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
7. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
8. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
9. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. kacau sebati.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
11. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
12. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.
13. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.
Published by
Nur