Makan

Lala Buttermilk Yang ‘Melting’, Paling Sedap Diratah

Share

Lala buttermilk dengan keju cair yang melting ini memang paling sedap untuk diratah. Sebab itu juga ia sesuai dimakan dengan roti atau spageti. Rasa lemak berkrim dan pedas-pedas ‘manja’ memang akan buat satu keluarga menyukainya.

Resipi lala buttermilk dengan keju

Bahan-bahan

1kg lala -dibasuh bersih
5 ulas bawang putih -dicincang
2 biji cili api -diketuk
1 sdb chili flake
1 sdb lada hitam
1 cawan susu segar
4 keping keju
Daun bawang
Keju mozzarella

Baca : Cara Mudah Bersihkan Lala, Guna Cili Padi. Semua Selut Keluar

Cara memasak

1. Tumiskan bawang putih yang dicincang hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili api, chili flakes dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api.

3. Selepas tumisan garing dan wangi bubuhkan susu segar (boleh juga gunakan susu cair).

4. Bila susu sudah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata.

5. Bila keju cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak.

6. Selepas lala masak, tutup api dan tuang kesemuanya dalam mangkuk tahan panas.

7. Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjeh selsius selama 25 minit sampai keju cair. Siap.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Published by
Rose