Lamb Shank Stew Resipi Istimewa Olahan Chef Sue

Share

Stew, biasanya dalam mana-mana resipi western stew, tak kiralah menggunakan daging. Satu bahan utama ialah cooking wine atau lebih tepat red cooking wine. Red wine banyak digunakan dalam resipi berasaskan daging yang berkuah (salah satu contohnya ialah stew). Manakala white cooking wine biasanya dalam penyediaan resipi yang lebih ringkas seperti salad, ikan dan makanan laut.

Dalam resipi ini, Chef Sue gantikan beberapa bahan yang tidak halal kepada beberapa option yang boleh digunakan. Red wine boleh digantikan dengan pomegranate (delima) juice, red or white grape juice, cranberry juice, apple juice dan lemon juice. Juice ni semua boleh beli di pasaraya (dalam botol atau kotak). Selain itu, bacon dalam resipi asal, digantikan dengan beef streaky (pun boleh beli di pasaraya di bahagian daging).

LAMB SHANK STEW

Bahan-bahan:

4 batang lamb shank

5-6 keping beef streaky

4 biji ubi kentang – potong wedges (baji)

2 batang lobak merah – potong wedges

10 biji cendawan butang putih – hiris

2 biji tomato – potong 8

1 batang celery – hiris

1 liter beef broth (air rebusan daging)*

2 cawan pomegranate juice

3 sudu makan tepung gandum-beli online di sini

2 sudu makan pes @ puri tomato

1 labu bawang Holland – hiris-beli online di sini

4 biji bawang putih – cincang kasar

1 tangkai daun Rosemary segar

1 sudu teh thyme kering

2 helai bay leaf kering-beli online di sini

Garam dan lada hitam kisar secukupnya

Cincangan parsley segar secukupnya

Cara memasak:

  1. Sediakan periuk yang bahagian bawahnya tebal (cast iron Dutch oven is the best option). Panaskan periuk lalu goreng beef streaky hingga perang. Tak perlu letak minyak sebab beef streaky akan keluarkan minyak sendiri. Setelah perang, keluarkan beef streaky dari periuk dan ketepikan.
  2. Tabur sedikit garam dan lada hitam kisar ke atas lamb shank lalu ratakan. Tabur juga tepung gandum dan gaul rata ke atas lamb shank. Masukkan lamb shank ke dalam periuk bekas goreng beef streaky tadi (ada lebihan minyak). Goreng sekejap dikedua-dua bahagian hingga lamb shank agak perang. Angkat lamb shank dan ketepikan.
  3. Tambah 2 sudu makan minyak sayur ke dalam periuk yang sama. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga layu dan perang. Tuang pomegranate juice, beef broth dan biarkan mendidih sebentar (dalam 10 minit).
  4. Masukkan semula lamb shank, beef streaky, pes/puri tomato, ubi kentang, lobak merah, tomato, celery, bay leaf, rosemary, thyme dan cendawan ke dalam periuk. Kacau rata. Tambah garam dan lada hitam kisar secukup rasa. Tutup api.
  5. Tutup periuk tadi dan masukkan dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 190-200C dan masak dalam ketuhar selama 45-60 minit. Keluarkan dari ketuhar dan tabur cincangan parsley secukupnya. Boleh dimakan begitu saja atau dengan bun/roti.

*beef broth boleh guna yang dalam kotak beli di pasar raya atau boleh guna air rebusan daging yang dibuat sendiri.

*cendawan yang sesuai ialah cendawan butang. Tadi saya guna cendawan shimeji.

*beef streaky boleh ganti dengan Turkey streaky. Kalau tak ada, cuma panaskan 2 sudu makan mentega untuk goreng lamb shank pada permulaan cara memasak tadi.

*selain lamb shank, boleh juga guna daging lembu atau daging kambing yang dipotong cube agak besar.

Kredit: Sue M Arukin

Published by
Putri