Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu ni.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya merekah. Berhati-hati jangan bakar sampai terlebih rentung pula. Cukup sekadar memudahkan proses membuang ‘kasut’ lembu.
Ads
Cara untuk tahu ‘kasut’ lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas.
4. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil dan bolehlah dimasak sup mengikut resipi turun temurun masing-masing.
Ads
Ads
5. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Beli udang segar tapi disebabkan tak mahu masak lagi kita simpan dalam freezer. Lepas seminggu bila keluarkan udang dah jadi lembik dan hitam. Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.
Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Tip ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.
Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!
Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.
Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!
Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.
Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).
Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk kekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.
Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.
Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.
Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Selain faktor keturunan banyak faktor penyebab lain yang menyebabkan kencing manis antaranya pemakanan. Kencing manis adalah penyakit yang boleh membunuh dalam senyap selain jantung dan darah tinggi. Jamu adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk mencegah dan mengawal kencing manis.
JAMU EKSTRAK PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN
Peria katak
Halia
Bawang putih
Epal hijau
Ibu Kunyit
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Hiris nipis-nipis semua bahan-bahan. Jemur bagi keringkan bahan.(Selain jemur boleh gunakan mesin). Sukatannya agaran sebanyak macam dalam gambar.
2. Kisar semua bahan yang sudah kering. Kisar kasar seperti ini boleh bancuh dengan air panas dalam satu gelas.
3. Boleh juga kisar halus dan masukkan ke dalam kapsul. Mudah untuk di telan.
4. Masuk bahan-bahan yang dikisar halus dalam kapsul.
5. Mampatkan biat betul-betul padat.
INFO:
Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd atau Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia.
Peria katak tinggi fiber, mineral & anti-oksidan. Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah.
Kebaikkan epal hijau tinggi serat, anioksidan, kaya dengan sumber mineral dan vitamin.