Hidangan sihat yang menggunakan dua jenis tauhu iaitu tauhu biasa dan tauhu telur. Tauhu biasa diperbuat daripada kacang soya manakala tauhu telur mengandungi campuran kacang soya dan telur.
TAUHU BERLAUK
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 ketul isi ayam
- 4 keping tauhu
- 2 biji tauhu
- 2 paket tauhu telur
BAHAN HIRIS:
- 2 tangkai daun bawang
- 1/2 batang lobak merah
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam, tauhu dan tauhu telur hingga halus. Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang dan garam.
2. Masukkan adunan tauhu tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Setelah siap dikukus, sejukkan tauhu. Potong mengikut saiz yang anda suka.
4. Pecahkan telur dan pukul. Celup kepingan tauhu tadi ke dalam bancuhan telur dan goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Aziza Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bancuh Tepung Paling Mudah Untuk Masak Pisang & Cempedak Goreng Sedap.
Nak makan pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak try? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus tepung beras cap gajah
- 5 sudu makan tepung ubi
- 2 biji telur – dipukul
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 3 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula
- Sedikit air kapur
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
4. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Surianti Abd Aziz
Patutlah Viral, Sedap Rupanya Popia Ayam Cendawan Berkeju Ni!
Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.
POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN A:
- 1 labu bawang holland(potong cincang)
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
- 1 batang lobak merah (potong dadu)
BAHAN B:
- 1 bungkus kulit popia (50 keping)
- 1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
- 1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
- 1 bungkus keju (6 keping)
- 1 tin cendawan (potong racik)
- 1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
- 1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
- 1 kiub ayam dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
- Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
- Masukkan cendawan dan charambells cream.
- Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.
CARA MEMBUNGKUS POPIA:
- Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
- Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Nota: Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.
Kredit resipi & gambar: Radia Tussoleha
Resipi Sagon Kelapa Nestum, Snek Tradisional Buat Sendiri Di Rumah
Dulu masa kecil, saya paling suka snek Sagon Kelapa Nestum. Tak pernah buat sendiri tapi selepas jumpa resipi Sagon Kelapa Nestum yang dikongsikan oleh Affieyza Isahak di Facebook ni nampak mudah dan memang menarik untuk dicuba. Sedap dangat Sagon Kelapa Nestum ni kalau dimakan sambil tonton tv. Suap dalam mulut je rasa Sagon Kelapa Nestum tu cair dalam mulut memang ketagih. Jom cuba!
Lagi best kalau dapat sangai bahan Sagon Kelapa Nestum ni guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok. Dapatkan dengan harag istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
SAGON KELAPA NESTUM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kelapa parut
1 cawan nestum – BELI DISINI
2 cawan tepung beras – BELI DISINI
1 cawan tepung pulut – BELI DISINI
Daun pandan kering
Sedikit garam
Gula ikut kesesuaian – BELI DISINI
CARA PENYEDIAAN:
Sangai kelapa sehingga kering dan ketepikan.
Sangai nestum sehingga betul-betul rangup dan ketepikan.
Sangai tepung bersama daun pandan dalam 10 minit.
Masukkan kelapa parut dan nestum tadi gaul sebati.
Sangai semua sehingga ringan
Tutup api dan masukkan gula, garam ikut citarasa sendiri.
Bila dah suam, kisar separuh hancur.
Bungkus ikut citarasa sendiri.
Dah siap!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Affieyza Isahak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Strawberry Cheese Tart Paling Mudah Dan Sesuai Untuk Jualan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: