Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Ini dibawakan secara DIY cara membuat samosa menggunakan kulit popia yang senang sesangat. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti jadi punya.

Selain sedap dan ringkas resipinya, apa kata anda buat lebih kemudian frozenkan dan boleh jual di kalangan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan bisnes sampingan untuk pendapatan tambahan.Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .SAMOSA SAYUR BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 20 keping kulit popia
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 cawan hirisan kubis
  • 1 cawan parutan lobak merah
  • 1 biji bawang merah | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak | untuk menumis

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
.LANGKAH DEMI LANGKAH:

Ads

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.

Langkah Demi Langkah Senang, Buat Samosa Sayur Berdaging .
.

Ads

LANGKAH 5: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

Ads

ANDA MUNGKIN BOLEH TENGOK RESIPI BEST NIH :

Pai Guna Pastri Segera Je, Sungguh Senang & Sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI