
Chutney pudina sedap dimakan dengan roti naan, thosai, idli dan nasi. Boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan sampai sebulan. Ia adalah pencicah masakan India yang amat sedap dinikmati.
Jom kita semak resipi perkongsian dari Sheena Haikal serta langkah mudah membuatnya.
CHUTNEY PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 4 batang cili api
- Satu ikat daun pudina (ambik daun sahaja)
- Segenggam kelapa parut
- Sedikit air asam jawa.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kecuali air asam jawa.
3. Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan masukkan sedikit garam.
5. Masukkan juga air asam jawa dan renjiskan sedikit air.
6. Kisar semua bahan sampai halus.
INFO: Boleh lebihkan cili padi atau kelapa parut jika ingin lebih rasa pedas dan lemak
KREDIT RESIPI & GAMBAR: SheeNa Haikal
ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGISAR DAN MIXER YANG TERKINI, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Untuk Menu Ramadan Ni.

Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
- 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
- 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 biji jus lemon
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 biji bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
- 10 biji cili padi
- 1 biji jus limau nipis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 biji bawang besar /dikisar
- 3 ulas bawang putih/dikisar
- 15 biji cili kering/rebus dan dikisar
- 200 gm petai /dibuang kulit dan belah
- 1 asam keping
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal
Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Resipi Sambal Hijau Petai Semata, Tengok Lauk Ni Perut Terus Auto Lapar

Isi Kandungan
ToggleSambal hijau petai ini memang memancing selera untuk makan. Bila tengok saja lauk ini terus ‘auto’ rasa lapar.
Sambal ini tak perlu lauk mentah atau ikan bilis, hanya semata-mata petai, bawang dan cili. Inilah yang membuatnya sedap tak terkata.
Resipi sambal hijau petai
Bahan-bahan
1 genggam cili api (campur dengan cili besar supaya tak terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong
1 mangkuk petai
Cara membuat
1. kisarkan cili api dan bawang putih bersama sedikit air. Masukkan dalam kuali dan keringkan atas dapur tanpa minyak.
2. Sementara itu dalam kuali lain panaskan minyak dan goreng bawang besar.
3. Masukkan petai ke dalam kuali berisi cili, dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Bila bawang sudah berwarna perang satukan dengan tumisan cili yang sudah kering airnya. Kacau dan biarkan hingga cili masak. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Yayar Awang Noh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Sambal Udang Kering Pedas Homemade. Sedap, Mudah & Pelbagai Guna

Sambal Udang Kering Pedas atau nama lainnya Hae Bie Hiam @ Dried Shrimp Spicy Sambal adalah salah satu stok bahan masak yang wajib ada di dapur masing-masing. Pelbagai guna dimana ia sedap dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan. Bak kata orang, tambah sambal nib oleh jadi masakan jadi lebih sedap dan cukup rasa. Kalau masak Nasi Goreng, tambah sahaja beebrapa sudu sambal ni, nah…. Terus jadi lebih sedap dari biasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Pasti puas hati.
RESIPI SAMBAL UDANG KERING PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang kering – beli online disini
- 2 biji bawang besar @ 10 biji bawang merah – beli online disini
- 6 biji bawang putih – beli online disini
- 5 biji buah keras/kemiri – beli online disini
- 4 batang serai
- 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
- 8 -10 tangkai cili kering @ 3 sudu besar cili kisar – beli online disini
- 1 sudu besar gula – beli online disini
- 1 sudu kecil serbuk belacan – beli online disini
- 2 sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
- 3-4 sudu besar minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bilas udang kering dengan air dan keringkan.
2. Apabila sudah kering, kisarkan udang tanpa air dan ketepikan dalam mangkuk.
3.Kisar bawang, serai, buah keras, cili, serbuk belacan dan serbuk kunyit sehingga hancur. Kisarkan bersama sedikit air (dalam ½cawan)
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang, cili, serai dan lain-lain bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga kering.
5. Apabila sudah kering, masukkan gula dan gaul sebentar.
6. Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daun limau. Gaul hingga sebati dan rata. Teruskan masak sehingga betul-betul kering.
7. Tutup api dan letak Sambal Udang Kering Pedas dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
8. Untuk menggunanya, sambal ini boleh dimasukkan ke dalam pelbagai masakan lauk pauk dan juga Nasi Goreng.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official