Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
Ads
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
Ads
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
Ads
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Bila tibanya hari raya, maka ramailah tetamu yang datang ke rumah. Tidak ketinggalan juga tetamu-tetamu cilik yang mungkin merupakan kawan-kawan sekolah anak kita taupun anak jiran tetangga. Kanak-kanak ni tak berapa gemar hidangan yang berat-berat jadi anda boleh sajikan menu yang lebih ringkas untuk mereka.
1. PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
40 biji bebola ayam
20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein
½ sudu kecil garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm air
CARA MASAK:
Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
2. POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
3. SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
4. ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
5.POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
100gm kentang | dipotong dadu
60gm whipping cream
30gm krim masam
50gm bawang holland |dihiris
40gm leek | dihiris
30gm mentega
50gm Shredded Cheddar Cheese
Garam jika perlu
Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
6. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE
BAHAN-BAHAN:
150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
300gm daging cincang
1 cawan serbuk roti
1 pokok daun bawang | cincang halus
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
150gm krim keju
100 susu segar
1 keping keju cheddar
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
Enak dihidangkan panas-panas.
7. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam | potong dadu kecil
1 biji bawang merah | cincang halus
1 1/2 cawan kentang lecek
1 biji telur ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk buah pala
200gm tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
Angkat, tos dan hidangkan.
8. TAGLIATELLE CARBONARA BERKARI
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
1 ulas bawang merah | hiris halus
1 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu kecil rempah kari daging
5 biji cendawan pilihan | dihiris
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan stok ayam
Garam secukup rasa
125ml krim masakan
Sedikit lada benggalam merah/kuning/hijau | dipotong dadu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
Sedia untuk dihidangkan.
9. MUFIN BAYAM BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
25gm mentega
200ml susu
100gm bayam
1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk buah pala
1/3 cawan keju parmesan | diparut
1 biji telur
120gm keju krim
8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
10. QUICHE BAYAM BERKRIM
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
300gm tepung gandum
120gm shortening
120gm mentega
1 biji telur
2 sudu makan air sejuk (berais)
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
150gm bayam | bersihkan dan celur
1 cawan krim masakan
1 sudu makan mentega
1 labu bawang besar | cincang dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
½ sudu teh oregano kering
½ sudu teh basil kering
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
Angkat dan sedia dinikmati.
11. SALAD PASTA PELANGI
BAHAN A:
250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
1/2 tin jagung dalam tin
200g dada ayam | direbus dan dicarik
1 biji lada benggala kuning| dihiris
1 biji cili hijau| dihiris
2 biji tomato | dipotong dadu
3 helai daun salad | dihiris halus
1/4 cawan daun ketumbar
1 biji bawang merah | dihiris
BAHAN B:
5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
1 sudu makan madu
Garam dan lada sulah secukupnya
2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.
Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.
KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
2 cawan air
1 cawan marjerin(mentega)@ minyak masak
1sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan minyak untuk dicampur bersama tepung ubi kayu
1 1/2 cawan gula dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus.
CARA MEMASAK : 1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati. 2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh. 3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air 4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup. 5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi. 6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.
.
7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.
8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.
.
9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.
Roti Jala ni mudah je nak buat. Kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat Roti Jala mudah yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuziatau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.