Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!

BAHAN-BAHAN POPCORN :

  •  1/3 cawan jagung popcorn
  •  1 sudu besar mentega
  •  2 1/2 sudu besar minyak masak

 

BAHAN-BAHAN CARAMEL :

  •  1/3 cawan gula castor/gula pasir
  •  1 sudu besar mentega

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

 

CARA MEMASAK:

1.  Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

IKLAN

 

2.  Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.

 

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

 

3.  Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.

IKLAN

4.  Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

 

5.  Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

IKLAN

 

6.  Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

7.  Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.

Langkah Mudah Buat Popcorn Karamel Hanya Guna Periuk Biasa. Rangup-Rangup Manis. Sedap!

Info RASA:

  • Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.

 

Kredit resipi & gambar: Nurul Hidayah Zakaria

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI