Semua orang suka nasi goreng dan boleh masak nasi goreng. Tapi kali ini RASA perkenalkan Nasi Goreng Kambing yang super sedap. Kepada yang gemar makan kambing kena cuba resipi ini kerana nasi goreng ini mudah dimasak dan terlajar sedap. Sekali cuba mesti nak masak lagi.
.
NASI GORENG DAGING KAMBING
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN DAGING KAMBING :
150gm daging| potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging, campurkan semua bahan perapan daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMASAK DAGING, JOM LAYARI DI SINI.
Nasi Komok ada rempah khasnya yang mudah didapati dekat dengan Siam iaitu Kelantan. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
NASI KOMOK THAILAND
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong, cuci bersih dan toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 batang serai
Ketumbar
Kunyit hidup & serbuk
1 labu bawag putih
Halia
1 sudu tepung gandum
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar dan gaulkan pada ayam.
Biar perap dalam satu jam dan baru goreng ayam.
BAHAN NASI KOMOK:
1kg beras basmati (bersihkan & toskan)
Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit
Kulit kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan dalam peiuk sampai naik bau.
Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras.
Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak.
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
Satukan semua rempah.
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
3-4 ulas bawang putih
4 biji Cili merah
5-6 biji cili padi
Akar daun ketumbar
Sedikit garam
Gula
2 sudu cuka
Air
CARA MEMASAK:
Kisar halus semua bahan-bahan
Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Minggu ini kebanyakan yang bekerja sudahpun menerima gaji, jadi bolehlah sediakan lauk special untuk keluarga. Ketam bercili atau chili crab ini antara yang sesuai sangat.
Resipi chili crab yang sedap dan mudah buat
Bahan-bahan
4 ekor ketam (potong 2)
3 biji bawang besar (dimayang)
6 ulas bawang putih (dimayang)
2 tangkai cili merah (dipotong)
1 akar daun ketumbar
2 senduk cili giling
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil sos cili
Daun ketumbar
Garam
1 biji telur ayam
Cara memasak
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili merah, kemudian tumis hingga pecah minyak.
2. Selepas garing, masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak dua kali.
3. Bila sudah garing, masukkan air sedikit dan tumis lagi.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, garam dan kacau.
5. Akhir sekali pecahkan telur dan gaul rata. Kemudian masukkan ketam. Kacau sebati dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.