Langkah Mudah Nak Pastikan Jika Minyak Masak Anda Adalah Kitar Semula, Wajib Buat Kalau Nak Sihat!

Share

Tanggungjawab kita menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti untuk ahli keluarga, kepada pelanggan dan sebagai pengguna. Makanan yang sihat datang dari minyak masakan yang bagus dan bukan dari minyak tiruan yang di kitar semula.

Dalam kemerosotan ekonomi dan kos bahan mentah yang tinggi, jangan sesekali kita abaikan kesihatan dengan membeli barangan yang murah semata-mata untuk berjimat cermat sehingga lupa kualiti bahannya. Semak dahulu sebelum membeli, jadilah pengguna yang bijak!

Mesej dp YB Dato’ Abdul Rahim Md Noor, CEO Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pmb Awam ttg minyak kitar semula:

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit

Gambar: Hamzah B. Ahmad

 

Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur-dapur restoran dimana mungkin minyak tersebut telah di gunakan untuk menggoreng dan di simpan sehingga banyak kemudian nya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidik dahulu sebelum membeli di pasar malam atau di gerai-gerai.

Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula

Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula?

Letakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam, kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tau minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula. kita patut beritau orang2 yang kita sayang.

Ujian yang senang:

Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur-sayuran, jika bawag putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim