Lasagna Daging Berempah Super Sempoi Dan Sedap

Share
Lasagna kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam menu masyarakat kita. Hidangan barat ini malah menjadi kegemaran ramai apabila citarasanya diberi suntikan tempatan. Ini salah satu resipi mudah untuk dicuba.
BAHAN-BAHAN:
  • 300gm daging hancur | ditumis bersama bawang besar hingga empuk
  • 1 biji cencangan bawang besar
  • 200ml sos bolognaise
  • 6 keping pasta lasagne | direndam air panas sehingga lembut
  • 100ml sos bechamel
  • 30gm keju Mozarella
  • 10gm keju Parmesan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan acuan seramik atau logam. Letakkan sekeping lasagne lalu ratakan sos bolognaise di atasnya.
2. Kemudian, taburkan daging hancur. Tuang pula sos bechamel dan ratakan. Ulang langkah yang sama sehingga selesai.
3. Seterusnya, taburkan kedua-dua keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180˚C selama 20 minit.
4. Keluarkan, telangkupkan di atas pinggan dan terus dihidangkan panas bersama salad sega

 

INFO CHEF: Sos bechamel merupakan sos yang dihasilkan daripada susu, roux dan bawang. Dididihkan sehingga pekat menjadi sos yang kental.

 

Published by
Nur