
Sempena hari terakhir Syawal hari ini boleh hidangkan menu istimewa seperti rendang kacang panjang ini.
Mungkin ada yang pernah makan tapi boleh jadi ada juga yang tak tahu kewujudan lauk rendang ini.
Hidangan dari Negeri Sembilan sememangnya enak. Boleh cuba jika mahu merasai citarasa rendang yang berbeza.
Kalau dah buat rendang ini, tak masak sayur pun tak mengapa kerana sudah ada kacang panjang yang dimasak sekali.
Cara buat rendang kacang panjang
Bahan-bahan
Pedal, hati, sedikit isi ayam (guna ayam saja pun boleh)
Kacang panjang
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (jika suka)
Garam dan gula secukukupnya
4 helai daun kunyit -dihiris nipis
Minyak untuk menumis

Cara membuat
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, serai dan cili api.
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
3. Bila bahan tumis dah terbit minyak, masukkan hati, pedal dan ayam. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan asam keping, serta tuang santan.
5. Kacau hingga naik minyak barulah masukkan kacang Panjang. Gaul rata.

6. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris lalu digaul rata.
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi hingga sebati. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Noratiqah Nordin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Enak & Mudah Boleh Jana Pendapatan

Di kala pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai rakyat yang terputus pendapatan. Golongan bekerja sendiri khususnya yang menjalankan perniagaan antara yang terjejas dan terpaksa mencari usaha lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Menu mudah dan sedap ini mungkin boleh dijadikan idea untuk anda berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian (online). Anda boleh mengambil pesanan melalui aplikasi media sosial. Malah dengan cara ini, jualan mampu bertambah berlipat ganda. Anda masih boleh meneruskan untuk jana pendapatan ini secara sambilan atau terus sebagai sepenuh masa. Terpulang pada masing-masing. RASA kongsikan menu yang boleh anda masak untuk sekeluarga malah boleh jadi sumber rezeki.

Opor Daging
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak ,lemak dan tidak pedas
Cara memasak:Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan A
1kg daging (dihiris nipis)
20 tangkai cili kering
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
(Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar bersama)
3 sudu makan serbuk rempah kari daging
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
(Serbuk rempah kari daging, jintan manis dan jintan putih dikisar bersama)
4 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan gula perang ataupun gula merah
3 keping asam gelugur
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B(Tumisan)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
- Masukkan bahan yang dikisar dan serbuk rempah kari daging yang digaul dengan jintan manis dan jintan putih. Kemudian kacau rata.
- Masukkan daging dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yang kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
- Masukkan gula perang, garam, asam gelugur dan kerisik. Kacau sehingga pecah minyak.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan dengan nasi panas mahupun roti.

Rendang maman ayam
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:30-45 minit
Keistimewaan: Rasa rendang yang kaya dengan aroma sayur maman
Cara memasak:Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
2 kg sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
7/8 keping asam keping
2 buku kunyit hidup
Cili api (ikut kepedasan yang disukai)
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2.Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali.
3.Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam ayam tadi.
4.Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau ayam dan air cili itu supaya rata.
5.Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6.Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang.
Info chef: Jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam.

Rendang Tok Istimewa
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dengan tekstur daging yang lembut
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM 45
Bahan-bahan:
2kg daging (dipotong kiub,pastikan tidak terlalu kecil)
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sudu makan jintan halus( jintan putih) (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
3 sudu makan biji ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
6 sudu makan jintan manis (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
1-2 senduk cili kisar
Kerisik (anggaran dalam 1 biji kelapa)
1 ketul gula Melaka
3 helai daun kunyit (dihiris)
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan (pilihan)
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5-7 batang serai (dihiris nipis)
2 inci lengkuas
Cara memasak:
- Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
- Kemudian perap dengan daging sekurang-kurangnya selama empat jam. Untuk lebih sedap, perap semalaman. *kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk daging lebih empuk.
- Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
- Seterusnya, reneh selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering. *Pastikan rendang dikacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping dan kacau lagi sehingga rata. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
Info chef:Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.

Rendang Kerang
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM30
Bahan bahan:
1 mangkuk / 1kg isi kerang
1/2 – 3/4 biji kelapa parut – santan
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar cili kisar kering
1 keping asam keping
1 sudu makan garam kasar
1 sudu makan gula Melaka
1 sudu makan kerisik
1/2 helai daun kunyit – hiris
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
Cara memasak:
- Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat.
- Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ia terbit minyak.
- Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi.
- Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata.
Info chef: Cari kerang yang isinya segar agar puas makan .

Nasi kerabu daging bakar
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
1 genggam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ dikoyak-koyak
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
SOLOK LADA
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara memasak:
- Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya
- Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
- Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
- Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
- Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
- Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi
- Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
- Lada dibelah dua dan buang biji tengahnya
- Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
- Susun dalam periuk
- Tuangkan santan
- Rebus hingga masak
Info chef: Solok lada ini boleh juga dikukus
DAGING BAKAR
500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih
Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini disangai atau goreng tanpa minyak
Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
- Daging cuci bersih dan toskan
- Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
- Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat
- Lumurkan pada daging
- Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
- Esoknya, bolehlah bakar.

Nasi Dagang
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
4 ulas bawang merah
11/2 inci halia
Lengkuas.
Kunyit hidup.
Cili kering.
1 sudu serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Cara memasak :
- Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.
- Kemudian kukus beras nasi dagang.
- Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
- Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.
- Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.
- Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.
- Kukus sampai masak. Siap.
- Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.
- Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau jangan bagi berketul.
- Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi .
Info chef: Gulai ini lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya.

Ingkung Ayam Kampung
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dengan aroma bau yang menyelerakan
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
Santan dari 1 biji kelapa
5 batang serai
2 biji gula merah
7 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 inci lengkuas
8 ulas bawang putih -ditumbuk
5 biji bawang merah -ditumbuk
6 biji buah keras -ditumbuk
Cara memasak:
- Cuci bersih ayam. Lumur ayam dengan bahan ditumbuk dan biarkan 15 minit hingga ia meresap.
- Masukkan ayam ke dalam kuali besar, tuang santan, lengkuas, daun limau purut, daun salam,serai. Masak dengan api kecil, masukkan gula merah.
- Tutup kuali agar ayam masak dengan sempurna.
- Balikkan ayam sesekali agar masak sekata hingga santan menyusut dan habis terserap pada ayam. Matikan api
Info chef: Kuah yang pekat menambah perisa pada ayam.

Laksa Johor
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan lemak
Cara memasak:Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
- Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
- Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
- Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Laksa Penang
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa ikan
Cara memasak:Reneh
Anggaran kos: RM15
Bahan-bahan:
2kg ikan selayang @ sardin
15 keping asam keping -BELI ONLINE DI SINI
15 ulas bawang merah
1 senduk cili giling
Cili padi ( ikut kepedasan yang disukai)
2 ibu jari belacan
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan-belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Rebus telur. jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
- Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
- Kisarkan isi ikan saja. Kemudian kisar tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing.
- Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Tulang ikan yang dikisar, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
- Kemudian bawang merah, cili padi, belacan dikisar bersama.
- Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
- Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.
- Lepas mendidih masukkan garam secukup rasa.
- Laksa terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang segera tu kena rebus sampai lembut dulu.
- Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas,salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus sekali.
Info chef: Kuah laksa semakin dipanaskan semakin sedap rasanya.

Serunding kelapa dan daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu – dipotong nipis.
2 biji kelapa parut – putih nya saja.
20 tangkai cili kering -BELI ONLINE DI SINI
11 biji bawang merah
7 biji bawang putih
5 batang serai
3cm halia muda
2cm lengkuas – dimesin halus.
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar – dimesin.
5 sudu besar gula(boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 sudu makan air asam jawa dan garam secukup rasa
1 senduk minyak masak
Cara memasak:
- Dalam kuali, satukan kelapa parut,daging dan bahan-bahan yang dimesin halus. Ramas hingga sebati.Kalau takut tangan pedas,gaul je lah dengan sudip.
- Masak dengan api sederhana.Bila mendidih dan air daging telah keluar, tutup kuali sambil kecilkan api.Biar daging mereneh.
- Bila airnya telah kering, tambahkan 1 senduk minyak masak.Pada tahap ini,serunding kena dikacau selalu supaya tidak hangus.
- Masukkan pula rempah ketumbar,jintan yang telah dimesin tadi, gula dan garam. suaikan rasanya sambil dikacau selalu.
- Bila serunding telah kering, daging telah empuk dan warnanya agak gelap bolehlah diangkat.

CHEF AZMI & CHEF SHAZWN ARSHAD.
FOTO: TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI
Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Dimakan Seisi Keluarga
Petua Buat Kuih Nona Manis Yang Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan.
Layan Sungguh Makan Ayam Teriyaki Ni, Rasa Macam Dok Kat Jepun Je

Selain ayam goreng, cara lain untuk menikmati ayam adalah dengan cara ayam teriyaki. Ini sebenarnya cita rasa Jepun. Namun disebabkan rasanya yang sedap, ayam teriyaki boleh diterima oleh masyarakat kita.
Min kongsikan resipinya di sini ya.
Ayam Teriyaki

Bahan-bahan
2 keping isi dada ayam | hiris
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan parutan halus halia
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang/gula putih
1 sudu makan sedikit minyak masak
1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
4) Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
5) Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
6) Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
7) Masukkan ayam dan tutup api.
8) Taburkan bijan dan gaul rata.
9) Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
Selamat mencuba!
Tak Rugi Cuba 4 Variasi Ayam Penyek Ni.

Ayam penyet antara menu yang mudah disediakan dan sangat digemari ramai. Berikut disediakan empat variasi ayam penyet yang boleh dimasak. Penggemar ayam penyet boleh pipih mana satu resipi yang sesuai dengan selera. Dari segi rasa cara penyediaan hampir sama, cuma rasa dan kepedasan sedikit yang berbeza.

Ayam Penyek Rangup
BAHAN-BAHAN:
10 potong ayam bahagian paha atas dan bawah } bersih dan toskan.
4cm halia | kisar kasar
4cm lengkuas | kisar kasar
4cm kunyit hidup
2 batang serai | kisar kasar
2 biji limau nipis | ambil jus.
4 helai daun salam
6 ulas bawang putih
8 biji buat keras | sangai dan kisar halus
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL:
1/2 sudu makan makan belacan bakar
3 helai daun limau purut
7 biji cili padi
7 buah cili besar
Daun kemangi secukupnya | jika suka
Garam secukupnya
1/2 biji tomato
1sudu teh hirisan gula Melaka
Sedikit garam | jika kurang masin
CARA MEMBUAT:
- Gaulkan ayam dengan air limau nipis dan sedikit garam. Biarkan 15 minit.
- Cuci bersih sehingga hilang bau henyirnya.
- Sambil itu, masukkan semua bahan kisar bersama daun salam ke dalam periuk.
- Tambah air dan renehkan di atas dapur.
- Kemudian masukkan ayam, dan masa katas api sederhana. Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan.
- Goreng ayam menggunakan minyak banyak dan panas.
- Setelah ayam bertukar warna kuning keperangan angkat dan toskan.
- Untuk sambal: Campurkan semua bahan kecuali garam. Kisar hingga halus.
- Jika kurang masin boleh tambah garam dan perahan sedikit jus limau nipis.
- Hidangkan ayam goreng berserta seredanya sekali bersama nasi, hirisan tomato, ulam timun, tempe dan tahu goreng.

Ayam Penyek Super Pedas
BAHAN-BAHAN:
2 potong paha ayam | bagian atas dan bawah
400ml air
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar | sangrai
3cm kunyit
1,5 sudu teh garam
BAHAN UNTUK SAMBAL:
10 biji cili kering
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 biji tomato | belah empat
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka yang telah diparut atau hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
BAHAN SAMPINGAN:
3 potong tahu goreng
3 potong tempe goreng
Hirisan tomato dan timun
CARA MEMBUAT:
- Cuci bersih ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar, garam dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan.
- Untuk sambal: Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
- Sambal sedia dihidangkan dengan nasi, ulam timun, tomato, tahu dan tempe goreng.

AYAM PENYEK SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci bersih dan tos
Minyak masak untuk menggoreng
Ulam-ulaman | ikut selera
BAHAN AYAM GORENG:
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh ketumbar
Garam secukupnya
Perasa ayam secukupnya
2cm kunyit
2 helai daun limau nipis
BAHAN SAMBAL:
1 bIJI tomato
1/2 sudu teh belacan bakar
15 biji cabai padi
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Garam secukupnya
Gula Melaka secukupmnya
CARA MEMBUAT:
- Gaulkan ayam bersama bahan kisar dan tambah air sekukupnya di atas dapur hingga masak.
- Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
- Sementara itu sendiakan sambal: Goreng tomata, cili, bawang putih dan merah. Angkat dan toskan.
- Masukkan bahan sambal dalam pengisar, tambahkan belacan goreng, garam dan gula melaka secukupnya.
- Kisar lumat, keluarkakan sambal dalam pinggan hiding dan letakkan ayam di atasnya.
- Hias dengan ulan-ulaman .
- Hidangkan bersama nasi putih.

Ayam Penyek Sambal Bawang
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging ayam | potong 10 atau 12 bagian)
Minyak goreng secukupnya
2 sudu teh garam
1 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang putih
5cm halia, memarkan
5cm lengkuas, memarkan
5cm kunyit
Serbuka perasa ayam secukupnya
BAHAN SAMBAL BAWANG:
4 ulas bawang putih | goreng
15 biji cili padi | goreng hingga layu
Serbuk perasa ayam secukupnya
Garam secukupnya
Gula putih secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Daun kemangi secukupnya
Ulaman seperti timun dan tomato
CARA MEMBUAT:
- Kisar garam, ketumbar, bawang putih dan kunyit.
- Masukkan air dalam periuk, tambah ke dalamnya bahan kisar dan air, garam, gula dan serbuk perasa ayam.
- Renehkan hingga ayam masak atau empuk.
- Angkat dan toskan,
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing.
- Sediakan sambal pula, cili padi bawang dan bawang putih yang digoreng tadi dikisar.
- Kemudian perasakan denan garam, gula dan serbuk perasa ayam secukupnya.
- Setelah siap sambal, hidangkan dengan goreng dan ulam-ulaman.

