Walaunpun dimasak dengan cara yang cukup ringkas tapi rasanya cukup lazat. Sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana kuah ikan masam, manis dan pedas boleh menaikkan nafsu makan.
Ads
IKAN TERMENUNG GORENG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan temenung (cuci, kelar dan goreng)
CARA MEMASAK:
Jika suka goreng sehingga garing atau suku masak pun boleh, ikut selera.
Ads
BAHAN TUMIS:
4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)
2cm halia
1 sudu teh serbuk perasa
Ads
CARA MEMASAK:
Tumis hingga layu semua bahan di atas.
Masukkn ikan dan alih-alihkan ikan hingga bahan tumis mesra.
Selepas itu masukkan air asam cair dlm 1/2 cawan.
Masukkan air 1½cawan. Perasakan dengan garam, gula secubit, serbuk perasa. Biarkan reneh seketika.
Selain goreng dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni, hirup kuah masam-masam pedas menang sedap.
PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI SIAKAP KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap ½ biji nanas 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili merah –BELI ONLINE 2 inci kunyit 1 inci belacan –BELI ONLINE 2 inci lengkuas 1 batang serai 3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE 1 biji limau nipis. ½ cekak kangkung 3 sudu sos ikan
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.
8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.
Sebenarnya, anda boleh buat sendiri ikan tenggiri jeruk secara homamade. Dah tak perlu beli lagi di kedai. Menerusi perkongsian Puan Suri Abdullah, anda bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, jimat dan anda pun boleh berniaga. Ikan ni memang sedap. Goreng makan dengan nasi memang layan. Malah, kalau nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin pun boleh. Jom lihat cara-caranya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.