Lauk Kampung Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Labu

Share

Selain pucuk manis, boleh juga tukar dengan pucuk labu atau bayam hijau. Bahan boleh digandakan ikut jumlah tetamu. Menu ini enak dinikmati bersama ikan masin goreng.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat pucuk manis | asingkan daun dari tangkai
  • 1/2 biji labu | buang kulit dan potong dadu
  • 2 biji cili merah | hiris serong
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 1/2 cawan ikan bilis | belah dua dan tumbuk kasar
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Basuh dan toskan daun pucuk manis dan labu.
  2. Panaskan sedikit air dalam periuk, masukkan cili, bawang dan ikan bilis tadi.
  3. Seterusnya masukkan labu lalu masak. Bila labu agak lembut, masukkan pucuk maniss dan santan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Terus kacau lebih kurang lima minit.
  6. Angkat dan segera dihidangkan.
Published by
Nur