Resipi Mudah Nak Buat Gulai Ikan Baung Bersama Daun Kesum

Share

Resipi sedap dan mudah untuk gulai ikan baung bersama daun kesom. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini pun senang je didapati di kedai. Jom kita cuba!

 

GULAI IKAN BAUNG BERSAMA DAUN KESUM

 

BAHAN-BAHAN:

1kg ikan baung | dicuci bersih bersama air asam jawa atau air tepung jagung untuk hilangkan hanyirnya
2 sudu besar kerisik – beli online di sini
3 sudu besar cili kisar /ciliboh – beli online di sini


½ peket besar rempah kari ikan (saya guna Adabi) – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 ikat daun kesum
1 sudu besar asam jawa | dibancuh dengan sedikit air, ambil airnya sahaja (asam jwa ni boleh agak-agak, jangan terlebih nanti masam)

TONTON Spageti Sos Rendang | Dapur Rasa Live

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar 
12 biji bawang merah (bawang kecil) – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
1 inci lengkuas – beli online di sini


½ inci kunyit – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Dalam satu bekas besar masukkan bahan kisar, rempah kari ikan, cili kisar, cili serbuk dan kacau semua ni sebati jadikan seperti pes.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan pes tadi dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan kerisik, kacau sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Bahan tumis dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan air untuk kuah. Jangan terlalu cair kuahnya.


4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih. Masuk ikan, daun kesum, garam, gula secukup rasa.


5. Bila gulai dah sedikit pekat, tutup api. Siap untuk dimakan!

Kredit resipi: Aisyah Humaira

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff