Masakan bersantan bukan lagi asing di dalam hidangan masakan melayu. Hidangan yang dilimpahi santan menjadikannya lebih enak dan berlemak. Biarpun penggunaan santan boleh digantikan dengan susu cair namun rasanya tidak dapat ditandingi.Rasai sendiri kesedapannya dengan mencuba resipi ini.
GULAI JERING
BAHAN A:
1-2 biji bawang merah besar | kisar halus
3-4 ulas bawang putih |kisar halus
2cm halia | kisar halus
Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
2 biji buah keras | dihancurkan
BAHAN B:
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1cm lengkuas | dititik
1 batang serai | dititik
Asam keping
Santan pekat & cair secukupnya
gula, garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan (A) hingga naik bau..
2. Kemudian masukkan bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.
3. Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
4. Sedia untuk dinikmati.
GULAI NANGKA ASLI MINANG
BAHAN-BAHAN:
1/4kg nangka muda
550ml santan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
BAHAN KISAR:
Ads
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 biji buah keras
1 sudu teh ketumbar
10 tangkai cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan daun kunyit, daun salam dan daun limau purut. Tumis lagi hingga garing.
2. Kemudian masukkan nangka. Masak hingga lembut.
3. Masukkan santan. Gaul sebati.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Setelah nangka empuk dan kuah sedikit pekat, padamkan api dan sedia dihidangkan.
TEMPE TUMIS DARAT BERSAMA TULANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 paket tempe | potong empat segi
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
3. Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Ads
7. Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
CENDAWAN TIRAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
5-7 biji cili padi (atau ikut cita rasa)
1 biji bawang merah
Sejemput ikan bilis ] ditumbuk separa lumat
Sedikit kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masak santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih.
Kemudian masukkan cendawan, serbuk dan daun kunyit. Kacau hingga kembali mendidih.
Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
Enak dimakan panas-panas.
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 sisir pisang emas muda
100gm tulang ikan talang masin | rendam
1liter santan pekat
2 batang serai | ketuk
Garam dan perasa secukupnya
10 biji cili padi | kisar
2.5cm kunyit hidup | kisar
Daun kunyit | mayang halus
CARA MEMASAK:
Pisang emas, disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF:
Kulit pisang juga boleh dimasukkan ke dalam gulai jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kacang Goreng Bawang Putihni rupanya sangat mudah disediakan sendiri. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja, anda boleh buat stok kudapan untuk suami dan anak-anak tanpa memerlukan kos yang mahal. Hanya guna 5 bahan mudah sahaja. Goreng, gaul-gaul, dah siap. Saudari Norazila Jowailada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1.Basuh kacang dan toskan. Kacang ini boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit.
2. Satukan santan, air, bawang putih dan garam di dalam periuk. Sebatikan. 3.Masukkan kacang yang telah di toskan tadi. Masak sampai mendidih anggaran dalam 20 minit lebih kurang.
4. Angkat kacang, toskan dan biar air santan kering. 5. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng kacang bersama hirisan bawang putih dan daun kari.
6. Goreng tidak perlu terlalu lama. Hanya setakat hingga agak kekuningan dan bawang putih sudah garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Selain daripada nasi, hidangan mi berkuah, bihun ataupun laksa antara yang menjadi pilihan sebagai makanan berat.
Senang disediakan dan juga sedap rasanya, Rasa kongsikan aneka resipi mi berkuah yang mudah dan cepat siap untuk dijamu buat keluarga dan juga tetamu.
MI BANDUNG UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning 8-10 tangkai cili kering – beli online di sini 3 ulas bawang merah – beli online di sini 2 ulas bawang putih – beli online di sini 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan udang kering 20gm udang 200gm daging Garam dan gula secukup rasa 3 cawan stok daging 4-5 tangkai sawi Sedikit kubis 1 sudu makan sos tiram 2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Rebus udang kering bersama ½ cawan air. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering. 2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 3. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika. Kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging. 4. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi.
MI KARI ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning 500gm ayam | potong kecil 1kg kerang | rebus dan ambil isi 300gm udang | rebud dan buang kulit 2 cawan air rebusan udang 10-15 biji bebola ikan 3 keping kek ikan 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat 2 keping asam gelugor 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kota
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga bunga cengkih 1 batang kulit kayu manis 5 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR HALUS:
6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 batang serai | sehingga lembut 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air 2 sudu makan udang kering | rendam
BAHAN UNTUK HIASAN:
4 biji telur rebus | potong dua 2 tangkai sawi | potong dan rebus Bawang goreng Limau kasturi | potong dua Taugeh Daun bawang Cili merah Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. 3. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak. 4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih. 5. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. 6. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak. 7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
BIHUN SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan daging 1 bungkus bihun
BAHAN REMPAH TUMIS:
2 batang kayu manis 5 biji buah pelaga 3 biji bunga lawang 3 tangkai cengkih
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 3 biji buah keras 1 sudu teh jintan manis 1 sudu makan lada hitam 1 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh jintan putih ½ batang lobak merah | potong dadu besar 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar Tomato | potong 4
BAHAN SAMBAL CILI:
4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air 3 ulas bawang putih | dikisar 3 ulas bawang merah | dikisar ½ biji bawang besar | dikisar Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK HIASAN:
200gm lobak masin | dicelur 2 tangkai daun bawang 3 tangkai daun sup Bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak 2. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan. 3. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk. 4. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
CARA BUAT SAMBAL CILI:
1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
CARA CELUR BIHUN:
1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam 2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik. 3. Kemudian bilas dengan air bersih. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.
MI REBUS MUAR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning |dicelur 250gm tauge | buang ekor dan celur Limau kasturi Bawang goreng 3 biji telur | direbus 1 tangkai daun sup | hiris halus Cili merah | hiris nipis Cili hijau | hiris nipis 3 ketul tauhu | goreng dan hiris sederhana nipis
BAHAN KUAH:
1 senduk minyak masak 500gm daging | hiris nipis 500gm keledek merah | anggaran 2 ketul kecil 2 sudu makan taucu 5 ulas bawang merah | kisar halus 4 ulas bawang putih | kisar halus 2cm halia | kisar halus 1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar halus 2 sudu makan serbuk kari daging 6 cawan air ½ cawan serbuk kacang tanah | kacang digoreng tanpa minyak dan kisar halus 2cm lengkuas | dititik 1 biji tomato | dipotong dadu Garam dan gula secukup rasa
1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus. 2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih. 4. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa 2kg ikan kembung | rebus dan ambil isi 2 biji bawang besar 15 bawang merah 2 ibu jari belacan 1 senduk cili kisar 15 keping asam keping 2 bunga kantan | belah 4 1 ikat daun kesum Garam
BAHAN HIASAN:
Telur | rebus dan belah 2 Timun | hiris Salad | hiris Bawang besar | hiris Cili hidup | hiris Limau kasturi | belah 2 Daun pudina | jika suka Cili padi (jika suka) Otak udang (jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Kisar isi ikan jangan sampai hancur untuk dapatkan kuah yang terasa isi ikannya. 2. Kisar bahagian kepala ikan dan tulang. Kemudian tapis airnya. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. 3. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan isi ikan yang di kisar tadi. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. 4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa serta kepekatannya. Bolehlah dihidangkan bersama kuah laksa dan bahan hiasannya.
LAKSA KUAH LEMAK
BAHAN-BAHAN:
2kg laksa basah 8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya 2 cawan santan pekat 2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair 1 labu bawang besar | kisar 8 ulas bawang merah | kisar 1 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | kisar ½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus 2 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa serbuk perasa
Tauge Kacang panjang | hiris halus Timun | hiris halus Bunga kantan | hiris halus Kubis| hiris halus
CARA MEMASAK (KUAH):
1. Kisar isi ikan bersama air hingga halus. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. 2. Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus. 3. Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api.
CARA BUAT SAMBAL LADA:
Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus. Sesuaikan rasanya.
MI KOLOK DAGING SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul 1 sudu makan perencah sup 100gm daging 5 ulas bawang putih | dicincang 8 biji cili api 1 sudu teh serbuk lada hitam 4 sudu makan minyak masak 5 sudu teh kicap manis 1 sudu teh kicap pekat 2 biji limau kasturi | ambil jusnya 1 sudu teh sos ikan atau sos soya 1 sudu teh cuka Daun bawang & daun sup | dihiris Air secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. 2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. 3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. 4. Perasakan dengan cuka, sos ikan/sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan. 5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. 6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
LAKSA SARAWAK
BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200GM):
8 biji bawang merah | kisar halus 4 ulas bawang putih | kisar halus 10-12 tangkai cili kering | kisar halus 1 inci lengkuas | kisar halus 1 sudu teh ketumbar | kisar halus 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 biji buah keras | kisar halus 2-3 batang serai | kisar halus 1 inci belacan bakar | kisar halus ¼ cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus ¼ cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halus Sedikit garam Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KUAH:
200gm pes Isi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus ½ kg udang basah 1 bungkus bihun | direndam dan dicelur 4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus 2 batang serai | diketuk 250ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa Tauge | dicelur Sedikit daun ketumbar | diracik Limau kasturi secukupnya | dibelah dua
BAHAN SAMBAL UDANG KERING:
6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar Sedikit belacan bakar | dikisar Segenggam udang kering | dikisar halus 4-5 sudu makan cili kisar Sedikit air asam jawa Garam dan gula
CARA MEMASAK PES:
Satukan semua bahan yang telah dikisar halus. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
CARA MEMASAK KUAH LAKSA:
1. Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. 2. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu. 3. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 4. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.
CARA MEMASAK SAMBAL UDANG KERING:
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. 2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
BIHUN BELACAN
BAHAN A:
1 bungkus bihun | rendam kembang dan celur dengan air panas Tauge secukupnya Timun | potong halus Telur padi Sotong kembang | potong sederhana Limau kasturi
BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang bombay 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih ½ inci halia sedikit udang kering
BAHAN C:
Cili giling (abaikan jika tidak mahu pedas) Minyak sedikit untuk menumis
BAHAN D:
1 liter air ½ inci belacan | tambah sedikit air dan hancurkan 2 sudu teh pitis udang 1 sudu teh pes asam jawa | lebihkan jika mahu rasa masam Sedikit kicap pekat masin atau kicap pekat | untuk warna Sedikit garam Gula dan bahan perasa secukupnya 1 ½ sudu teh tepung jagung | tambah sedikit air untuk memekat kuah
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan (c) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak. 2. Masukan bahan (d) kecuali bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih menggunakan api sederhana selama 10 minit. Masukkan sedikit garam. 3. Tapis kuah terlebih dahulu menggunakan penapis kecil supaya dapat kuah yang halus. 3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau rata. Tutup api. Kuah jangan terlalu cair ataupun pekat. Siap dan boleh dihidangkan bersama bahan A, bahan sampingan di atas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pulut kuning dan rendang daging sememangnya kombinasi yang cukup enak. Sesuai sangat dihidangkan di pagi Hari Raya Aidiladha nanti. Walaupun tak semeriah hari raya puasa, namun kehangatan musim perayaan tetap dirasa. Jom cuba! Sangat mudah dan memang sedap.
CARA MASAK PULUT KUNING & RENDANG DAGING UNTUK AIDILADHA
BAHAN-BAHAN:
1.5kg beras pulut susu
1 kotak kecil santan
10 helai daun pandan
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit selama 3-4 jam. 2.Panaskan pengukus sambil susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning akan jadi lagi sedap. Letak beras pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut. Anggaran masa dalam 1 jam.
3.Bila pulut agak lembut, keluarkan dari periuk kukusan dan masukkan dalam bekas lain. 4.Ambil santan, campurkan dengan 1 mangkuk air ( saiz seperti dalam gambar) dan tambah sedikit garam.
5.Tuang ke dalam bekas berisi pulut dan gaul hingga rata dan sebati. Kukus pulut sekali lagi anggaran masa 15-30 minit.
6. Angkat pulut dan boleh dinikmati bersama Rendang Daging.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1.5kg daging
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2 bungkus kerisik
2 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
3 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah saiz sederhana besar
10 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai cili kering – ikut kepedasan yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang serta kayu manis. Kemudian masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 2.Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus. 3. Bila rempah pecah minyak, masukkan daging. Gaul sebentar kemudian tambahkan air. Masak hingga daging lembut dan empuk.
4. Seterusnya bila daging betul-betul lembut, masukkan santan, kerisik dan daun kunyit. 5. Perasakan dengan garam serta perasa lain dengan secukupnya.
6. Bila rendang mencapai kepekatan yang anda suka, matikan api dan nikmati bersama pulut kuning.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.