Kali ini RASA ingin berikan resipi masak siakap stim limau. Resipi ini sangat ringkas tetapi cita rasanya sangat mewah.

Ikan siakap memang sangat sedap jika dimasak dengan cara stim. Isinya lembut dan segala rasa masam limau serta serai yang diketuk terasa meresapi ke isi ikan tersebut.

Kuahnya pula memang sedap lebih-lebih lagi jika ikan siakap itu masih baru dan segar dari laut.

Ads

Resipi kali ini menggunakan kaedah tumis darat. Tumis darat bermaksud bahan-bahan ditumis asing daripada masakan. Selepas ditumis, tumisan diasingkan terlebih dahulu. Apabila memasak, barulah dimasukkan tumisan itu ke dalam masakan.

Jom kita lihat resipinya.

SIAKAP STIM LIMAU TUMIS DARAT

Lauk Ringkas Tapi Sedap, Siakap Stim Limau Tumis Darat, 30 Minit Siap!

Ads

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 ekor ikan siakap
2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar (potong 6 bahagian)
1 batang serai (diketuk)
5 tangkai cili padi (belah 2)
2 biji asam boi putih
Garam secukup rasa
Daun limau purut secukupnya
Daun sup secukupnya
1 biji limau nipis (potong nipis dan perah airnya)

CARA MEMBUAT

Ads

1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia sebentar. Matikan api.
2. Sediakan pengukus. Panaskan air. Letakkan loyang dalam pengukus. Dalam loyang, letakkan ikan, air dan sos tiram.
3. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi.
4. Masukkan bawang besar, serai, cili padi, asam boi putih dan garam.
5. Tutup pengukus dan biar sehingga ikan masak lebih kurang 20 minit).
6. Buka pengukus, tabur daun limau purut dan daun sup. Letakkan juga air perahan limau nipis.
7. Tutup api.

Sumber: https://www.instagram.com/p/B0U9FkMALeH/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI