Lauk Terlajak Sedap, Sambal Bilis Kering Salted Egg Harus Dicuba!

Share

Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Lauk sambal ikan bilis kering, sentiasa menjadi kegemaran buat mereka yang sukakan aroma pedas.

Resipi sambal bilis kering salted egg yang dikongsi Zainor Shima Ihsan ni, makan dengan nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sedap.

Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak berjalan jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain.

 

SAMBAL BILIS GARING/KERING SALTED EGG

BAHAN-BAHAN:

500gm cili kering kerinting pedas @ cili kering besar tak pedas (nak campur cili pun boleh, terpulang mana yang suka pedas) – beli online di sini


500gm ikan bilis kopek – beli online di sini
Bawang goreng segera – beli online di sini
Gula halus/gula pasir | dikisar
Garam bukit (optional) – beli online di sini
Serbuk cheese (optional)
2 ketul kiub ayam (saya guna jenama maggie) – beli online di sini
Serbuk secukup rasa (saya guna jenama maggie)
Serbuk salted egg (saya guna jenama bestari)
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam – beli online di sini

TONTON Buko Pandan versi Ketodiet Cepat Dan Mudah

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

CARA MASAK:

1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.


2. Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.


3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.


5. Masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
7. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
8. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.

*Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana. 

Beli cili kering besar dah siap packing. Yang ni tak pedas tau. Tak pening kepala nak timbang balik di rumah. 1 paket 250gram x 2=500 gram.

Kredit resipi: Zainor Shima Ihsan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff