Lauk yang sedap selalunya yang ringkas saja. Tak perlu gulai atau kari bagai, menu mudah seperti tumis timun ini saja sudah cukup untuk buat kita menambah nasi.
Lauk tumis timun ini hidang dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup sedap. Jika tak pernah rasa keenakan tumis timun ini bolehlah cuba membuatnya.
Bahan-bahan
Timun – dihiris
Bawang putih – ditumbuk
Ikan bilis – ditumbuk
Garam dan gula
Kiub ayam
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih dan ikan bilis hingga garing kemudian letak sedikit air.
2. Masukkan timun bersama garam, gula dan kiub ayam. Kacau.
3. Sesuaikan rasanya kemudian bolehlah diangkat.
Selamat mencuba.
Sumber: Misran Sawai