Sesekali, selera kita pasti berubah-ubah kan? Asyik makan nasi, nak juga rasa makan pasta. Kali ini kami tampilkan resipi ringkas tapi bukan main sedap lagi iaitu Angel Hair Goreng Cili Padi. Kalau ikutkan, pasta memang tidak pedas. Tapi kita ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cita rasa tempatan. Letak cili padilah baru syok!
Ads
ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
5 ulas bawang putih | cencang halus
10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
1 batang lobak merah | parut kasar
¼ biji kobis | hiris halus
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah secukup rasa
Cencangan daun bawang – hiasan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
3. Masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
5. Tambah MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan.
* Selepas menggunakan MAGGI CUKUP RASA, anda tak perlu masukkan garam kerana segalanya sudah cukup dalam setiap penggunaan serbuk MAGGI CUKUP RASA. Senang, kan?
Ads
Nak tengok video masak Angel Hair Cili Padi? Jom tengok di sini.
Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Menurut empunya resipi, puan Nurbaizura Sani, masakan anda tentunya lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili.
Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Tak makan ketam? Jangan risau. Boleh sahaja gantikna dengan udang atau isi ayam. Goreng terlebih dahulu dengan bancuhan tepung gandum. Memang ngam! Oh ya, kena guna telur masin asli tau. Barulah lebih enak. Elakkan guna campuran telur masin segera. Kurang enak rasanya.
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SALTED EGG CRAB MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika. 2. Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan ‘hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. 4. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh. 6. Setelah itu, kukus 15–20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
APAM MEKAR AIS KRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A 290gm gula pasir 1sudu teh ovalete 240gm ais krim soda 300gm tepung gandum 1 sudu teh esen vanila Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum. 2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati. 3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati. Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan. 4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. 5. Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh. Kukus dengan api besar selama 12 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan | potong kecil 3/4 cawan gula (jika suka manis, guna 1 cawan) 2 biji telur gred B 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 2 cawan tepung gandum Secubit garam ½ cawan minyak masak Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit. 2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang. 4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan, perap 1 jam. Tuang dalam acuan yang disapu minyak. 2. Kukus sehingga masak. Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.