Sekali sekala melayan tekak dengan hidangan barat ala PizzaHut tak salah kan.
Hidangan spaghetti bolognese bersama cheezy potato wedges, garlic bread dan mushroom soup pasti membuka selera anak-anak.
Resipi yang dikongsikan Suzana Othman ini, mudah saja untuk dibuat dan sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga.
SPAGHETTI BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN:
1 pek spaghetti (saya guna angel hair)
½ mangkuk daging cincang
1 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini
4 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini
½ biji lada benggala | potong dadu
3 batang sosej | hiris nipis
1 tin sos spageti prego tradisi
2 helai daun bay kering
1 sudu besar mixed herbs
½ sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar sos cili – beli online di sini
1 sudu besar sos tomato – beli online di sini
Garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula – beli online di sini
TONTON Red Velvet Creampuff
TONTON Danish Cinnamon Cheese
CARA-CARA:
1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan spaghetti. Masukkan garam dan sedikit minyak masak. Rebus hingga masak, kemudian toskan. Lalukan spaghetti di bawah air paip untuk matikan suhu. Tos dan ketepikan.
2. Tip bagi mengekalkan kesegaran spaghetti, gaul rata dengan minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup.
3. Untuk sos; panaskan marjerin dalam sauce pan atau kuali. Tumis bawang putih, bawang besar hingga perang dan wangi.
4. Masukkan lada benggala, sosej dan daging. Kacau sebentar kemudian masukkan daun bay, mix herbs dan serbuk lada hitam.
5. Selepas itu, masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat.
6. Reneh selama 10 minit dan kacau. Setelah pekat, perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan gula. Tutup api. Siap.
CHEEZY POTATO WEDGES ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang – beli online di sini
Tepung serbaguna bestari @ aroma
Minyak untuk menggoreng
Serbuk cheese
Air panas
Mayonis
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Rebus kentang hingga separuh empuk tanpa buang kulit. Toskan air rebusan kemudian rendam dalam air sejuk untuk matikan suhu.
2. Bila dah sejuk, potong bentuk wedges. Taburkan tepung serbaguna Bestari atau Aroma. Goreng dalam minyak yang cukup panas. Angkat bila warna bertukar perang.
3. Bancuh serbuk cheese dengan air panas dan mayonis. Kacau sampai sebati. Kita campur mayonis supaya tak masin sangat, rasa lebih berlemak dan sedikit manis.
GARLIC BREAD
BAHAN ROTI:
Boleh guna roti Perancis, roti sosej ataupun roti gardenia
BAHAN LAIN:
Garlic butter
Mixed herbs
Daun parsley | dicincang
Bijan
CARA-CARA:
1. Roti Perancis; potong nipis guna pisau bergerigi. Rangup kejadiannya.
2. Roti sosej; potong roti jangan sampai terputus. Celah-celah roti sapu garlic butter, tabur mixed herbs dan parsley. Nak dramatik sikit sapu garlic butter di atasnya juga, tabur bijan dan parsley. Kalau korang nak berkeju sikit, boleh selitkan keju mozzarella di celah roti tu.
3. Kalau tak ada roti Perancis, tak ada roti sosej, guna roti Gardenia pun okay je. Sama rangup juga macam roti Perancis.
SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin mushroom soup (saya guna jenama Campbell’s)
1 tin susu full cream (sukat guna tin mushroom soup tadi)
CARA MASAK:
Masukkan mushroom soup dalam periuk. Tambah susu full cream. Reneh hingga mendidih, tutup api. Masa menghidang, tabur mixed herbs dan parsley kering. Baru cantik.
Kredit resipi: Suzana Othman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: