Sambal yang sedap diratah adalah sambal tempe ikan bilis. Caranya kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan