Ramadan kian hampir apabila Kelab Darul Ehsan mendahului mengadakan Majlis Pra Rasa ‘Sajian Nostalgia di Restoran Duyung pada 5 Februari 2020 lepas. KDE menjanjikan lebih 100 jenis sajian bakal dihidangkan sepanjang bufet Ramadan tak lama lagi.
Antara sajian mesti cuba adalah Nasi Briani, dengan lauk-lauk seperti Tenggiri Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Kambing & Ayam Bakar, Udang Mentega, Ketam Masam Manis, Sup Campur dan banyak lagi. Antara menu pembuka selera yang menarik aneka kerabu dan salad boleh dinikmati sebelum memulakan lebih berat.
Ads
Penggemar dessert, pelbagai aneka manisan tempatan dan barat, bermacam jenis buah-buahan juga ada dihidangkan. Antara yang menarik perhatian adalah Bubur Pulut Hitam,Puding Sagu, Puding Roti dan banyak lagi sambil menikmati Teh Tarik dan menyaksikan persembahan Live Band dari kumpulan ‘Peace Lover Band’ yang menghiburkan anda bersama keluarga atau kawan-kawan sepanjang berbuka puasa.
Ads
Ads
Sempena dengan majlis pada hari Pra Rasa, KDE menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga RM49 bersih. Namun pengunjung setia boleh membeli Early Bird Voucher dengan harga RM55.00 bersih seorang dari 15 Februari hingga 24 April. Harga asal buffet adalah RM68.00 bersih jika dibeli selepas 24 April hingga 18 Mei 2020. Pada tiga hari terakhir iaitu pada 19,20, 21 Mei harga kembali pada RM55.00 bersih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mesin jahit lama, kipas angin zaman dulu, peti televisyen yang mempunyai penutup tolak dan tarik, malah pinggan mangkuk bercorak lama. Semuanya ada di Kayo Cafe. Menjengah ke dalam kafe ini, bagi mereka yang lahir tahun 1970-an hingga 1980-an memang pasti mengimbau memori suatu ketika dulu.
Menurut empunya kafe ini, Lizawati Chekman, Kayo Cafe berkonsep suasana tahun 70-an dan 80-an. Justeru dekorasinya nampak seperti kita berada dalam satu era yang pernah kita lalui satu ketika dahulu iaitu antara 30 hingga 50 tahun yang lalu.
Memori sungguh televisyen macam ni.Kerusi dan kusyen yang menjentik kenangan lalu.Televisyen, kipas dan oven lama.Pengantin merakam momen indah di kafe ini.Tok nenek kita mesti ada mesin jahit ni.
“Saya dan suami, Zai-Azizul Zainol lahir pada era tersebut. Jadi kami ingin sentiasa mengimbau suasana sedemikian. Apabila nampak barang-barang lama tu, kami teringat zaman kecil-kecil dulu,” ujar Lizawati.
KUPI SOJUK SEBELUM COVID
Jika anda masih ingat dengan kemeriahan kiosk jalanan menjual kopi dengan jenama Kupi Sojuk, kini pengasasnya telah membuka sebuah kafe pula. Menggunakan nama Kayo Cafe, anda pasti tertarik dengan konsepnya yang unik.
“Sebelum wabak ini melanda, kami menjual air balang yang kami beri nama KUPI SOJUK. Maksud kupi sojuk adalah kopi sejuk atau kopi ais yang gunakan dialek Negeri Sembilan.
Menurut Lizawati, dia dan team telah bersiap siaga dengan bazar Ramadan. Namun, perancangan Allah adalah yang terbaik.
“Kami memang target untuk jana pendapatan ketika bulan puasa. Wabak ni menyebabkan segalanya berubah. Kami ingat wabak ni cuma seminggu dua saja. Kami memang tak buat apa-apa, hanya menunggu arahan. Siapa sangka segalanya terus berlalu sampai bertahun-tahun,” ceritanya.
JUAL SPAGETI DAN JUAL BUAH
Lizawati mencuba nasib dengan menjual spageti secara delivery. Malah dia dan suami turut menjual buah untuk mencari pendapatan.
“Kami kumpul dahulu order spageti kemudian kami hantar ke rumah-rumah. Sambutan sangat baik waktu tu kerana semua orang duduk rumah. Kedai makan pun tak buka lagi. Seminggu lepas tu kami jual buah pula. Buah import seperti anggur, oren dan strawberi. Waktu ini permintaan buah sangat banyak sampai tak cukup stok. Buah pun kami ambil preorder dahulu ikut buah yang ada dalam stok pembekal. Waktu tu kami pickup buah dari pembekal di exit tol,” kata Lizawati yang turut pernah mengambil stok buah mangga dari Thailand sebanyak setengah lori.
BERALIH KEPADA KAYO CAFE
Pintu masuk yang turut unik keadaannya.Duduk bersila.
Daripada modal perniagaan buah, Lizawati dan suami tekad membuka Kayo Cafe. Lokasi dipilih adalah Tampin.
“Sebenarnya ada dua kedai makan kami iaitu Warung Kupi dan Kayo Cafe. Kedua-duanya konsep kafe kopi. Dua-dua ada di Tampin Negeri Sembilan. Sekarang Warung Kupi kami sedang upgrade untuk besarkan sedikit ruangnya supaya pelanggan lebih selesa. Sebelum ini pelanggan datang hanya boleh beli air kopi sahaja. Kami akan buat penambahbaikan sedikit ruang untuk makanan. So, boleh lepak minum kopi sambil makan,” katanya menutup bicara.
MENU ISTIMEWA KAYO CAFE
Dekorasi tradisional namun hidangannya moden.Nampak sedap kan? Sandwich Loaf Chicken PepperoniMakanan dihidang dalam dulang.Best!Makan sambil melihat pemandangan luar.Wow!Pizza Maman.Wajib try.Strawberry Frappe
Lokasi Kayo Cafe: Lorong Artistik, Tampin Negeri Sembilan Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam (Tutup setiap Isnin)
Galito’s Flame-Grilled Chicken, sebuah lagi restoran wajib masuk dan cuba menu ayam panggang autentik Afrika dengan rasa pedas Galito’s yang unik, ia pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Galito’s , restoran ayam panggang autentik Afrika diterajui oleh Louis Germishuys. Ia mula beroperasi di Afrika Selatan sejak tahun 1996 dan kini telah berkembang maju dengan 150 restoran francais di 15 buah negara seluruh dunia, temasuk Malaysia yang dibawa oleh Ri-Yaz Global Food.
Galito’s Flame-Grilled Chicken mampu memenuhi cita rasa masyarakat tempatan kerana Galito’s adalah hidangan ayam panggang terbaik di dunia. Ayam panggang ini disediakan melalui proses pemerapan secara tradisional menggunakan herba semulajadi dan rempah ratus terpilih.
Dengan rasa yang unik selepas melalui proses pemerapan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam. Kemudian dipanggang pula dengan api yang sempurna untuk hasil isi ayam yang lembut, berjus serta mengekalkan kesegaran rasa herba dan rempah ratusnya.
Anda pasti akan menikmati kunyahan isi ayam yang lembut, sedap tidak terkata. Lebih penting dari itu, ia adalah hidangan yang sihat,sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Selain Galito’s Flame-Grilled Chicken, anda juga boleh menkmai hindangan sampingan seperti Galibowl, hidangan nasi yang dimasak bersama kiub ayam panggang, bayam dan Sishabo Sauce, signutre souce Galito’s. Liver and Roll, hidangan hati ayam berempah yang dihidangkan bersama roti panggang segar dan mentega. Jika mahu lebih ringan boleh saja cuba Sweet Potato Chips dan Chilli Beans, Keledek goreng yang segar dan ranggup.
Jika anda ingin mencari kelainan dan suasana makan yang santai dengan layanan mesra seperti makanan di rumah bersama keluarga atau rakan-rakan, anda boleh kunjungi Galito’s di G02-G03, eCurve, Muiara, Damansara. Menyajikan pilihan menu yang menarik, dan harga berpatutan.
Kalau Suka Ayam Panggang Nak Buat Sendiri Boleh Cuba Resipi ni:
Hari ni min nak kongsi lokasi makan sedap untuk korang cuba. Mungkin korang pernah melepasi gerai D’Warees Resepi ni, bersebelahan Kilang Gula CSR dan stesen minyak Petron.
Buat warga Shah Alam tak jauh tempatnya iaitu di Batu 3. Waze jer nama D’Warees terus jumpa tempat ni.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan kari kepala ikan yang memang terangkat sedapnya.
Antara jenis ikan yang ditawarkan ialah Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah. Setiap hari 50 – 60 kepala ikan terjual. Menurut pemiliknya, Ahmad Tarmizi Khalid kari kepala ikan ini adalah resipi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khusus dan rakyat Malaysia amnya.
Operasi bermula seawal 630 pagi. Kari Kepala ikan mula dijual bermula dari 10 pagi hingga 430 petang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Selain Itu Kari Kambing dan Asam pedas Ikan Mayong juga menjadi tarikan.
Harga kepala ikan bermula dari RM25-100 mengikut jenis dan saiz ikan. Setiap hari gerai ini mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan.
Korang juga wajib cuba kuih onde-onde, pulut panggang, lepat, kuih bakar yang menjadi signature di sini.
Selebriti juga pernah datang ke sini antaranya Jaafar Onn, Dato’ Jamal Abdillah, Wan Maimunah, Linda Rafar, Nelydia Senrose & Zaidi Omar.
Boleh je terjah ke gerai ini tetapi dinasihatkan datang awal untuk dapat tempat duduk, Kalau tak kenalah menunggu.