Ramadan kian hampir apabila Kelab Darul Ehsan mendahului mengadakan Majlis Pra Rasa ‘Sajian Nostalgia di Restoran Duyung pada 5 Februari 2020 lepas. KDE menjanjikan lebih 100 jenis sajian bakal dihidangkan sepanjang bufet Ramadan tak lama lagi.
Penggemar dessert, pelbagai aneka manisan tempatan dan barat, bermacam jenis buah-buahan juga ada dihidangkan. Antara yang menarik perhatian adalah Bubur Pulut Hitam,Puding Sagu, Puding Roti dan banyak lagi sambil menikmati Teh Tarik dan menyaksikan persembahan Live Band dari kumpulan ‘Peace Lover Band’
Sempena dengan majlis pada hari Pra Rasa, KDE menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga RM49 bersih. Namun pengunjung setia boleh membeli Early Bird Voucher dengan harga RM55.00 bersih seorang dari 15 Februari hingga 24 April. Harga asal buffet adalah RM68.00 bersih jika dibeli selepas 24 April hingga 18 Mei 2020. Pada tiga hari terakhir iaitu pada 19,20, 21 Mei harga kembali pada RM55.00 bersih.