
Suka makan Golden Ball bila berkunjung ke restoran Sushi? Kini anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah hanya menggunakan resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Bahan-bahan yang cukup mudah. Rasa tak sabar nak cuba kan? Jomlah buat. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

BAHAN-BAHAN:
- Crabstick secukupnya
- Mayones – beli online disini
- Sedikit susu segar
- 5 biji telur rebus
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar tepung beras – beli online disini
- 3 sudu besar tepung bistari – beli online disini
- Sedikit air
- Serbuk roti – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong kecil crabstick. Kemudian masukkan air panas, celur sekejap dan toskan.
2. Masukkan mayones dan sedikit susu segar. Gaul rata. Siap. Ketepikan.
3. Kupas telur rebus dan ketepikan.
4. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung bistari.
5. Campur dengan air biar pekat sikit.
6. Salut telur rebus tadi dalam bancuhan tepung. Angkat.
7. Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbuk roti.
8. Panaskan minyak. Pastikan telur tenggelam dalam minyak bila digoreng nanti. (empunya resipi goreng dalam periuk kecil supaya minyak tinggi)
9. Bila sudah kuning keemasan, angkat telur dan belah dua.

10. Sudukan inti crab mayo tadi dengan secukupnya.
11. Golden Ball ala Sushi King sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Joanna Johan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wantan Goreng Isi Ketam Super Senang, Lipat Elok-elok Barulah Comel Jadinya

Nak cepat buat wantan goreng ni, beli kulit wantan yang dah siap kat pasaraya tu.Tengok dan semak tanda halalnya. Nak lipat wantan ni memanglah standardnya bentuk bunjut, tapi kalau rasa tak pandai bentukkan cara ini boleh aje lipat ikut cara lain ikut kreativiti masing-masing.
Janji intinya kena sedap, yang min nak kongsikan ini resipi wantan intinya isi ketam yang super senang memasaknya. Kalau nak letak inti ayam atau lain-lain pun sedap jugak. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Yan Diana ni.
WANTAN GORENG ISI KETAM

.
BAHAN- BAHAN :
Bahan inti :

.
- 1 pek isi ketam / crabstick – potong kecil-kecil
- kulit wantan segera secukupnya
- 1 batang lobak merah – potong dadu atau parut
- 5-6 helai daun bawang – hiris halus
- Nak letak sayur apa pun boleh ikut suka. Empunya resipi letak lobak merah dan daung bawang aje.
- 1 biji bawang putih- beli online DI SINI
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada sulah secukup rasa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1.Tumis semua bahan inti ni sampai lembut. Perasakan dengan garam & serbuk lada sulah.
2. Akhir sekali baru masukkan telur. Tak payah sampai masak sangat telurnya. Sejukkan.
3. Letak inti atas wantan tu lepas tu lipatlah ikut suka. Agak-agak tak terkeluar isi time goreng kang kira oklah tu.

.
4.. Kalau pandai buatlah bunjut tu

.

.
5. Dah siap lipat semua goreng cara deep-fry.
Kredit : Yan Diana
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK DI YOUTUBE Majalahrasa@official :
SEMAK JUGA RESIPI -RESIPI SEDAP INI :
Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Dimakan Seisi Keluarga
Mini Tortilla Nuget Ayam. Snek Homemade Mudah Untuk Anak Suka Makan

Tortilla Mini Nuget Ayam ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mudah sahaja cara penghasilannya. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Kalau buat untuk sarapan, minum petang malah sesuai juag untuk sajian makan malam bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Jaja Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESIPI MINI TORTILLA NUGET AYAM

BAHAN-BAHAN:
Tortilla wrap
Nuget ayam secukup
Daun Salad
Sos cili – beli online disini
Mayones – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Goreng nuget ayam hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Boleh juga guna nuget kegemaran yang lain.

2. Petua daun salad supaya tahan segar lebih lama, rendamkan dengan air garam dalam 2-3 minit. Kemdian toskan.

3. Sos cili dan mayones yang diletak dalam botol supaya lebih senang untuk digunakan.
4. Panaskan tortilla terlebih dahulu dalam kuali. Terbalikkan dalam beberapa saat kemudian lipat sebegini supaya nampak garisan. Nanti senang nak potong 2.

5. Buat seperti ini supaya dapat tortilla saiz mini.
6. Letak Roti wrap pada kedudukan sebegini. Letak mayones dan sos cili atau apa sahaja sos kegemaran.

7. Letak daun salad, nuget dan letak lagi mayones dan sos cili.
8. Lipat roti wrap begini.


9. Jika mahu nampak kelainan, boleh bungkus wrap guna kertas burger.
10. Ambil sekeping kertas pembalut burger kemudian potongkan pada 4 bahagian dan lipat.







11. Untuk lebih kemas, letak salotape di hujungnya.
12. Mini Tortilla Nuget Ayam siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Jaja Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni
Resepi Cinnamon Roll Homemade Mudah & Sedap. Guna 4 Bahan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Menyelerakan Ilham AdikFoods

Sering memuat naik menu masakan di ruangan media sosial facebook mendorong Faezah Binti Sufian lebih serius berkongsi menu yang dimasaknya untuk tatapan rakan-rakan dan juga follower di Instagram pula.
“Akaun instagram dibuka pada tahun 2016 oleh anak. Hanya pos satu dua gambar sahaja. Kemudian saya telah berjumpa dengan seorang sahabat baik, Aimi Masdiana untuk bertanya khabar sambil makan-makan. Dialah yang mencadangkan saya pos resipi-resipi masakan memandangkan saya sering berkongsi gambar-gambar masakan di facebook.
Saya sahut cadangannya dan mengaktifkan akaun instagram yang dibuka oleh anak. Namun saya inginkan kelainan di dalam perkongsian di instagram. Saya ingin berkongsi resipi masakan yang mempunyai kenangan sepanjang kehidupan saya dan adik-beradik semasa kecil bersama-sama arwah mak yang meninggal semasa saya masih berumur 11 tahun.
Maka saya tukar nama instagram kepada “AdikFoods” kerana “Adik” adalah panggilan untuk saya di kalangan keluarga. Manakala “Foods”adalah setiap makanan pasti ada memori di sebaliknya kerana kehidupan kita setiap hari mesti makan dan kenangan juga setiap hari akan berlaku

Dengan hanya menggunakan iPhone menu ini dirakam. Saya pos video berlatarkan muzik nostalgia lagu dari tahun 40an hingga 70an kerana lagu-lagu itulah lagu yang saya dengar ketika mak masih ada. Setiap cerita dan perkataan yang saya lontarkan walaupun secara berjenaka ia ada maksud tersirat serta kenangan ketika dulu. Saya tidak sangka cara begitu menarik perhatian orang-orang yang seangkatan dengan saya malahan orang-orang muda juga kerana mereka mengatakan ia membuatkan mereka teringat memori ibu, bapa serta datuk nenek,”cerita Faezah.
Bekerja di sebuah syarikat swasta tidak menghalang ibu kepada seorang anak muda ini untuk menyediakan makanan kegemaran keluarga. Keluarga terutama suami dan anak-anak sentiasa memberi sokongan terhadap minatnya. Akui Faezah, suaminya rajin ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan. Anak pula sentiasa membantu dari segi shooting dan memantau akaun instagram AdikFoods. Adik beradik serta kawan-kawan juga memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
Minat memasak
Akui Faezah, semasa kecil dia tidak minat memasak dan apabila mak tiada, kakak yang dipanggil Nyah, berumur 12 tahun ketika itu mengambil alih tugas mak untuk memasak dan dirinya pula mengemas rumah. Namun Faezah juga tidak terkecuali memasak untuk adik-adik yang masih kecil ketika kakak tiada di rumah.
“ Masakan pertama saya ilah sambal tumis ikan bilis dan ia telah menjadi kegemaran adik beradik serta keluarga dari dulu hingga kini. Minat memasak timbul apabila berkahwin. Saya memasak untuk suami dan dia tidak pernah memberi komen yang negatif malahan memberi komen yang positif setiap masakan saya. Dari situ, saya punyai semangat untuk memperbaiki cara masakan serta mencuba pelbagai resipi.
Nyah adalah orang utama yang menjadi rujukan, dia bagaikan buku resipi buat saya. Selain itu saya juga belajar daripada sahabat baik Yang Fairuz yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu kerana dia memang pakar dalam pelbagai jenis masakan. Buku-buku resipi oleh chef profesional juga menjadi rujukan.
Saya juga suka mencuba pelbagai jenis masakan yang pernah dirasai semasa melancong. Apabila ada masa terluang saya akan cuba mencipta pelbagai resipi baru untuk keluarga, malah ada yang menjadi kegemaran sehingga kini dan ada juga yang masuk ke tong sampah. Yalah tidak cuba , kita tidak tahu,”akuinya.
Kekuatan masakannya lebih kepada masakan kampung memandangkan menu yang dimakan dan dimasak setiap hari. Dia juga suka memasak makanan barat yang diberi sentuhan orang Malaysia, fusion. Banyak resipi yang diolah dan disimpan untuk anak menantu dan cucu sebagai rujukan mereka apabila dirinya telah tiada kelak.
Memasak sudah menjadi rutin harian, namun ada juga masanya makan di luar untuk mencuba masakan orang lain. Cara begini secara tidak langsung berinya pengalaman dan satu proses pembelajaran. Sebenarnya apabila sentiasa kreatif di dalam masakan, kita tidak akan ketandusan idea. Memasak memerlukan kreativiti. Sambal tumis menjadi kemestian yang diminta keluarga sama ada sambal tumis ikan bilis, udang, sotong atau ayam.
Faezah percaya “air tangan” mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana bau masakan serta menu yang terhidang sentiasa akan mengimbau memori. Seperti mana dirinya rupa masakan sahaja boleh membawa dia kembali ke zaman bersama-sama dengan mak, inikan pula jika ada baunya, lagilah buat diri terus tersenyum.

Tambah Faezah lagi air tangan ibu atau bapa adalah makanan pertama dan selalu masuk ke mulut anak-anak kita, jadi apa yang pertama dan selalu masuk ia akan lekat dan kasih sayang itu akan terpahat di jiwa.
Dikongsikan resipi air tangan Faezah untuk dicuba.

SPAGETI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN
1 paket spageti
7 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar daun parsli -segar atau kering
2 sudu besar empingan cili
1 kiub pati ayam
5 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong
7 biji kupang
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air rebusan pasta
CARA MEMASAK
- Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan ½ sudu daun parsli hingga wangi
- Masukkan empingan cili, tambah ½ cawan air rebusan pasta dan goreng hingga naik minyak
- Masukkan kiub ayam
- Masukkan udang, sotong dan kupang
- Masukkan spageti dan tambah air rebusan pasta jika ia terlalu kering
- Gaul hingga rata dan perasakan dengan sedikit garam, gula perang dan serbuk lada hitam
- Taburkan 1 ½ sudu daun parsli dan sedikit empingan cili
PUMPKIN BUA LOY
BAHAN-BAHAN
BUAH LOY
2 cawan labu yang telah dikukus dan dilenyekkan
4 cawan tepung pulut
Sedikit pewarna oren
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
KUAH SANTAN
1 cawan gula
2 cawan air
500 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
SAGO
1 cawan sago
10 cawan air
CARA MEMASAK
- Campurkan labu lenyek, tepung pulut dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.
- Gaul dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
- Asingkan dua sudu dan masukkan pewarna hijau untuk dibuat tangkai,selebihnya masukkan pewarna oren
- Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan lidi (pencungkil gigi) untuk membuat alur seperti buah labu di sekeliling bulatan. Buatkan lubang di tengah-tengah menggunakan lidi (pencungkil lidi), ambil sedikit doh berwarna hijau dan masukkan untuk dibuat tangkai
- Rebus air hingga mendidih dan masukkan bua loy. Angkat apabila ia timbul dan rendamkan di dalam air sejuk.
- Masukkan gula, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan santan dan buah loy.
- Rebus air hingga mendidih dan masukkan sago yang telah dibasuh. Masak hingga sago menjadi jernih. Bilas dengan air untuk membuang kanji dan rendam di dalam air sejuk.
- Semasa hendak dimakan baru dimasukkan sago ke dalam pumkin bua loy
PULUT JAGUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN
PULUT JAGUNG
3 cawan pulut
2 keping asam keping
3 tongkol jagung – dihiris
300 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
5 helai daun pandan
Daun pisang
Lidi pencungkil gigi
Sambal tumis ikan bilis
CARA MEMASAK
- Rendam pulut dengan asam keping semalaman.
- Masukkan pulut dan jagung kedalam satu bekas, gaul hingga rata. Kukus selama 50 minit bersama-sama daun pandan
- Masakkan santan dan garam sehingga naik wap. Rawakan dengan pulut semasa masih panas.
- Layurkan daun pisang.
- Letakkan pulut jagung di atas daun pisang, leperkan dan letakkan inti sambal tumis ikan bilis.
- Bungkus dengan kemas dan padat, sematkan hujung bungkusan dengan lidi pencungkil gigi.
- Bakar di atas kuali sehingga garing.
- Boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging

TELUR KUKUS (STEAM EGGS CHINESE STYLE)
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
2 cawan air suam
Daun bawang – dihiris halus
Cili merah-dibuang biji dan dihiris halus
4 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
Minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Sedikit serbuk pati ayam
CARA MEMASAK
- Pukul telur dengan garfu. Telur mesti dibuang tali pusatnya untuk mengelakkan daripada berbau hanyir.
- Perasakan dengan garam, lada putih dan serbuk pati ayam
- Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil tangan terus memukul telur dengan garfu.
- Tapis dan tuangkan ke dalam sebuah mangkuk. Tutupkan mangkuk dengan plastik khas untuk masakan.
- Kukus selama 15 sehingga 20 minit
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan, padamkan api, masukkan minyak bijan dan kicap cair.
- Tuangkan ke atas telur kukus, taburkan daun bawang dan cili merah.
- Hidangkan semasa masih panas
CUCUR BIHUN
BAHAN-BAHAN
2 keping bihun
1 cawan tepung gandum
1 biji lobak merah – dihiris halus
1 labu bawang besar – dihiris halus
2 biji cili merah – dihiris halus
1 cawan daun bawang – dihiris halus
2 biji telur
1 cawan isi udang
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
- Rendam bihun dengan air panas hingga lembut, toskan dan potong pendek-pendek
- Masukkan tepung gandum, lobak merah, bawang, cili merah, daun bawang, telur, ikan bilis dan garam.
- Tuangkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat tekstur doh boleh dicucurkan
- Goreng di dalam kuali hingga keperangan
- Hidangkan bersama-sama dengan sos cili
Foto: Koleksi peribadi Puan Faezah

