Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu, Memang Sedap

Share

Sedapnya dapat makan rojak ayam yang dibuat sendiri. Boleh tambah sesuka hati bahan-bahan yang ingin kita masukkan.

Resipi rojak ayam Terengganu yang dikongsi Muliadi Ramli ini, mudah je nak buat dan sesuai untuk menu minum petang bersama keluarga.

 

ROJAK AYAM TERENGGANU

AYAM GORENG KUNYIT:

½ ekor ayam | dipotong 2
Serbuk cili – beli online di sini
Kunyit
Garam & perasa

*Ayam digaulkan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa. Kemudian digoreng garing. Bila dah siap digoreng, boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

KUAH ROJAK

300gm kacang tanah – beli online di sini


*disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.

TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR HALUS:

2 biji bawang besar  
6 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
½ inci halia  – beli online di sini
½ lengkuas – beli online di sini
2 sudu besar udang kering -beli online di sini
1 biji buah keras – beli online di sini
1 batang serai
2 senduk cili kering | dibuang biji & rebus – beli online di sini
1 keping nissey
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Perasa
1 batang serai | diketuk

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA BUAT:

1. Panaskan minyak. Masukkan serai. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak


2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata.
4. Masukkan nissey, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat.

5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau-kacau sekejap. Tutup api. Siap.

CUCUR ROJAK

2 cawan gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Daun kucai
Daun bawang & daun sup
Tauge
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA-CARA:

Kesemua bahan disatukan. Masukkan air, gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.

BAHAN SAYUR ROJAK:

Tauge | dicelur
Timun | dipotong panjang
Sengkuang | dipotong panjang
Salad
Cili besar merah & hijau

BAHAN LAIN:

1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang)
5 biji telur rebus (kalau suka, telur boleh digoreng selepas direbus)
Tauhu (disapu garam, kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan)
2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan)

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff