Siapa yang pernah makan hot & roll crispy ni tahulah macam mana panjangnya barisan setiap kali nak membeli snek ini.
Memang sentiasa mendapat sambutan ramai. Rupa-rupanya kita pun boleh buat sendiri snek ini di rumah.
Resipi hot & roll crispy yang dikongsi Hasni Malik ini, memang senang dan mudah je nak membuatnya. Memang puas makan bila dah boleh buat sendiri di rumah.
HOT & ROLL CRISPY
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
½ cawan gula (boleh kurangkan) – beli online di sini
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian, campur semua bahan lain dan kacau sebati.
3. Biarkan 10-15 minit sebelum masak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN MAYONIS HOMEMADE:
1 biji telur
¾ cawan minyak masak
2 sudu besar cuka makan
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan hingga kental. Dah siap.
Kredit resipi: Hasni Malik
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: