Bijak mengolah menu, pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan. Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa semasa dan ia lebih mudah disediakan. Apa yang penting rasanya pasti tidak mengecewakan.

Bosan Lauk Yang Sama Je?Ni Dia Inovasi Menu Ayam Autentik..Mesti Bertambah Nasi Punya Lah!

AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

 Bosan Lauk Yang Sama Je?Ni Dia Inovasi Menu Ayam Autentik..Mesti Bertambah Nasi Punya Lah!

Ads

AYAM JINTAN BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 5 batang serai | titik
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2 keping asam gelugor

BAHAN  GORENG SANGAI & KISAR KASAR:

  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan ketumbar biji

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4 biji buah keras

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
  3. Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
  4. Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
  5. Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
  6. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
  9. Ayam sedia dihidangkan.

Bosan Lauk Yang Sama Je?Ni Dia Inovasi Menu Ayam Autentik..Mesti Bertambah Nasi Punya Lah!

AYAM GORENG  CILI BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
  • 2 batang bunga kantan | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 8 biji cili padi | hiris halus
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  7. Tutup api, hidangkan panas-panas.

Bosan Lauk Yang Sama Je?Ni Dia Inovasi Menu Ayam Autentik..Mesti Bertambah Nasi Punya Lah!

AYAM TUMIS SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
  • 4 batang serai | titik kasar
  • 1 biji bawang besar | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 6 biji cili padi | hiris memanjang
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas.

Bosan Lauk Yang Sama Je?Ni Dia Inovasi Menu Ayam Autentik..Mesti Bertambah Nasi Punya Lah!

AYAM PERCIK DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
  • 500ml santan pekat
  • Daun pegaga secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • 8 biji cili padi

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
  5. Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
  6. Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
  7. Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
  8. Balut ikan dan bakar hingga masak.
  9. Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI