Makan

Lebihan Nasi Boleh Buat Keropok Lekor Pun Boleh

Share

Lebihan nasi selalunya kita goreng, atau dijadikan cucur. Sekarang boleh tambah satu lagi menu, nasi sejuk ini boleh juga dijadikan keropok lekor.

Bukan saja nasi putih, jika ada lebih nasi berperisa seperti beriyani juga boleh digunakan. Bagi ikan pula tak semestinya menggunakan ikan segar. Ada ikan bilis saja pun dah boleh buat keropok lekor.

Cara buat keropok lekor guna lebihan nasi

Bahan-bahan

Lebihan nasi
Ikan bilis
Tepung ubi

Cara membuat

1. Kisar kering nasi dan ikan bilis hingga lumat.

2. Masukkan dalam bekas bahan dikisar dan tambah sedikit demi sedikit tepung ubi hingga menjadi doh yang lembut.

3. Panaskan air hingga mendidih, pada masa yang sama ambil sedikit doh dan uli jadi memanjang. Kemudian terus direbus dalam air yang mendidih.

4. Rebus sehingga keropok lekor lebih kurang lima minit bergantung ketebalan. Apabila keropok lekor terapung bolehlah diangkat.

5. Toskan dan sejukkan seketika. Simpan dalam peti sejuk sekejap supaya keropok meletup sewaktu menggoreng.

6. Selepas itu bolehlah dipotong dan digoreng. Rasa keropok lekor ini sama seperti keropok ikan biasa dan tetap lembut dan kenyal. Malah kekal lembut walau dah sejuk.

Info

-Boleh juga jika mahu campur dengan nasi berperisa seperti lebih nasi beriani atau nasi minyak

-Doh yang siap dikisar akan melekat, taburkan dengan tepung ubi kayu pada talam dan tangan Ketika menggentel.

-Tak perlu letak garam atau perasa, kerana ikan bilis sudah cukup masinnya.

Kredit resipi & foto: Kak Ngah Ainnur

Artikel berkait: Resipi Keropok Lekor & Sos Pencicah Homemade Sedap

 

Published by
Rose