
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah Nugget Nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri guna lebihan nasi ni pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
BAHAN-BAHAN:
- Nasi panas (sebaiknya yang baru masak)
- Isi ayam mentah | dicincang
- Serbuk perasa
- Garam secukup rasa
- Telur | dipukul
- Serbuk roti
- Minyak untuk menggoreng
BOLEH CUBA:
CARA MEMASAK:
1. Satukan nasi, isi ayam cincang, serbuk perasa dan garam. Lenyek-lenyekkan.
2. Kemudian kepal adunan nasi dan leperkan.
3. Celup kepingan nasi tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
BACA JUGA:
http://www.rasa.my/resipi-bebola-daging-asli-sos-swedish-lebih-jimat-halal-boleh-makan-puas-puas/
4. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.
5. Sejuk bekukan nugget nasi sehingga melekat sempurna dan kemudian bolehlah digoreng hingga keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Siti Khadijah Haron
JANGAN LUPA UNTUK CUBA:
Anak-Anak Suka Sangat Makan Sosej? Boleh Buat Secara Homemade Untuk Mereka. Lebih Berkhasiat & Sihat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap! Resipi Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi Puan Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah yang boleh anda cuba. Jom kita buat!
RESIPI KETTI URUNDAI @ KUIH BEBOLA KERAS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2kg kacang hijau – beli online disini
1kg kacang tanah – beli online disini
1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh)
1 cawan beras – beli online disini
*Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus.
4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu.
5. Masak sira gula merah.
BAHAN SIRA GULA MERAH:
1 ½ kg gula merah – beli online disini
1 sudu serbuk pelaga
1 sudu serbuk halia kering – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar.
2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas sudah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu)
4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
*Untuk 2kg kacang hijau, dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras/Ketti Urundai.
Kredit resipi: Moganavallay Nagarajan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
10 Resipi ‘Indian Food’ Sedap & Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali
Sedap & Mudah. Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Masak Sendiri Nasi Kandar Kuah Banjir, Lengkap Dengan Kuah Hitam & Kari Telur

Buat penggemar nasi kandar, menu ni memang sedap dan boleh membuka selera. Hidang dengan kuah banjir, lengkap dengan bendi dan cili hijau. Wah, memang makan tak pandang kiri kanan dah.
Menerusi perkongsian resipi daripada Sharinaz Redwan ini, semoga bermanfaat buat semua dan terubat rindu dekat kedai mamak.
NASI KANDAR KUAH BANJIR
RESIPI UNTUK NASI :
4 cawan beras – beli online di sini
4 biji bawang putih* | kisar – beli online di sini
8 biji bawang merah * | kisar – beli online di sini
3 batang kulit kayu manis* – beli online di sini
3 kuntum bunga lawang* – beli online di sini
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 ½ sudu besar rempah sup*
6 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam
Perasa jika suka
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
6-8 titis pewarna kuning
TONTON Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20
CARA MASAK:
Bahan-bahan yang bertanda *, ditumis dengan minyak masak. Setelah siap tumis, masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa dan pewarna kuning. Masaklah macam biasa.
===================================
RESIPI AYAM GORENG MAMAK:
1 ekor ayam | potong & cuci bersih
3 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu besar tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu besar kunyit serbuk – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula – beli online di sini
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
CARA-CARA:
1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis. Gaul.
3. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam secara deep fry.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
===================================
RESIPI MASAK KUAH HITAM:
1 kiub pati ayam/daging – beli online di sini
½ cawan kicap – beli online di sini
½ cawan sos tomato – beli online di sini
3 sudu besar sos cili
BAHAN UNTUK DISANGAI & DIKISAR KERING:
2 sudu besar jintan manis – beli online di sini
2 sudu besar jintan putih – beli online di sini
¾ sudu besar biji ketumbar
¼ sudu besar lada hitam
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR BASAH:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 sudu besar cili kisar
REMPAH RATUS YANG LAIN:
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
Minyak masak untuk menumis
**garam dan gula saya tak letak ye. Sebab dah okay dengan tekak. Kalau nak tambah, terpulang.
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi. Kacau-kacau.
3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sampai pekat.
4. Setelah peka,t masukkan asam jawa, garam, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasa, tambah apa yang kurang. Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
===================================
RESIPI KUAH KARI TELUR:
5 biji telur | rebus & kopek
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili (saya tak letak, anak tak makan pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit
**Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan ½ cawan air, kacau sebati.
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * di atas dikisar halus)
1 ketul kiub pati ayam
Garam
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
REMPAH TUMIS:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar.
2. Agak-agak dah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih. Lama sikit pun takpe.
4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Siap.
Kredit resipi: Sharinaz Redwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Nak Makan Sihat Tapi Sedap? Cuba Resipi Bubur Rolled Oat Daging

Jom cuba buat Bubur Rolled Oat yang sedap ni. Ramai yang susah nak makan oat kerana rasanya yang tidak enak. Salah tu, jika masak guna resipi yang tepat, pasti anda akan menggemari rasanya. Salah satu yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Mudah disediakan dan rasanya tentunya enak. Jom cuba!
RESIPI BUBUR ROLLED OAT DAGING
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan rolled oat – beli online disini
Ikan bilis goreng – beli online disini
Daging secukupnya – boleh ganti dengan isi ayam/udang/bilis
1 akar pokok ketumbar
1 akar pokok sup
Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini
Emping cili secukupnya – beli online disini
4 ulas bawang putih – untuk buat bawang goreng macam makan mee celup
Serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas bawang putih dan tumbuk tidak teralu kasar dan tidak terlalu halus.
2. Panaskan minyak masak guna api sederhana, masukkan bawang putih.
3. Sentiasa kacau bawang putih dan jangan biar hingga hangit. Jika hangit, rasanya akan tidak sedap.
4. Goreng bawang putih hingga keperangan dan rangup.
5, Angkat bawang putih dan asingkan minyaknya. Jika dibiarkan, walau sudah dipadamkan api, bawang tetap akan hangit.
6. Seterusnya, untuk emping cili, boleh guna minyak gorengan ikan bilis. Semasa baki minyak gorengan bilis yang masih panas, masukkan emping cili. Goreng seketika.
7. Goreng sebegini. Jangan sampai hangit.
8. Hasil emping cili goreng.
9. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan hirisan daging. Biarkan mendidih.
10. Seterusnya masukkan rolled oat. Didihkan bersama daging hingga lembut.
11. Untuk lembutkan rolled oat ni ambik masa lama juga. Sebab tu bila makan cepat kenyang teksturnya tidak terlalu bertepung macam oat segera.
12. Masukkan akar ketumbar dan akar sup. Ia bertujuan untuk jadikan kuah sup jadi lebih sedap.
13. Perasakan dengan sedikit perisa. Jangan lebih nanti masin.
14. Bubur Rolled Oat siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, perah jus limau nipis untuk kombinasi rasa masam dan pedas yang sedap.
Kredit resipi & foto: Nurhayati Nasir
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official