Biasanya bila ada kenduri kendara atau majlis memang akan ada lebihan nasi. Selain dipanaskan atau dibuat nasi goreng rupanya lebihan nasi ini boleh juga diolah menjadi bubur.
Caranya dikongsi oleh Nurul Afidah Omar , menu ini boleh juga kita dipraktikkan kalau terlebih masak nasi.
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih… sayangnya. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah pada orang masjid. Alhamdulillah dapat siapkan, bubur ayam Mekdah. Saya kongsikan resipi bubur ini ya.
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang lobak merah – potong kecil-kecil atau parut
10 kiub ayam
Garam – secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari – dihiris halus
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dah dicarik, bawang dan halia.
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah.
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ketika merebus pastikan periuk ditutup .
Sumber: Nurul Afidah Omar