Siapa sangka, hanya menggunakan nasi sejuk, boleh hasilkan keropok enak. Mudah disediakan & tidak membazir. Lepas ni, jika ada lebihan nasi putih, bolehlah hasilkan keropok ni. Sesuai dijadikan kudapan dan snek ringan buat anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi suam
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu teh garam
- Pewarna merah, hijau dan kuning
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
2. Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi yang ditumbuk tadi ke dalam bekas.
3. Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
4. Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
5. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
6. Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
7. Ambil doh dan hiris nipis. Susun kepingan keropok di atas tampi. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
8. Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.
Tonton video penghasilan Keropok Nasi Bawang Putih:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI