
Siapa peminat tempe kat sini. Jom try buat sambal tempe ikan bilis ni. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe terkenal dalam masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Bahan-Bahan
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap. 5. 5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sos Pencicah Istimewa Untuk Makanan Bergoreng Atau Rebus, Serius Sedap!

Kalau ada makanan bergoreng atau rebus, dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa, silalah buat sos sendiri. Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa. Senang je nak buat. Bahan-bahan memang biasanya dah ada di rumah. Cubalah.
SOS PENCICAH ISTIMEWA
Bahan-Bahan
250 gram cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
Cili padi secukupnya (Tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering)
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Masak lagi sehingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
5. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol. Simpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Mummy Violet via MAHN
Koleksi Resipi Pes & Perencah Masakan Homemade

Ada stok pes dan perencah homemade ni memang mudah kerja. Jimat masa dan mudah sangat. Tak perlu lagi susah-susah kupas bawang bila nak masak. Macam-macam perencah ada. Nasi Goreng Ikan Bilis, Sambal Tumis @ Asam Pedas, Kari Ikan, Pes Ikan Bakar dan Sos Black Pepper. Semuanya sedap dan mudah buat. Saudari Sapina Shahabudin ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahannya:
KOLEKSI RESIPI PES & PERENCAH MASAKAN HOMEMADE
PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai – hiris nipis
- Sedikit belacan
- Kunyit hidup
- Sedikit minyak masak
Gula - Perahan air asam jawa
Garam - Hirisan daun kunyit
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Minyak masak
- Gula melaka / gula
- Perahan air asam jawa
- Garam
- Garam & perisa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka @ gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam dan perisa dengan secukupnya. Tutup api.
PES GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Bawang putih – dihiris halus
- Daun kari
- Halba campur
- Perahan air asam jawa
- Garam
BAHAN KISAR:
- Rempah kari ikan
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit cili kering
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga garing.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa masak Kari guna pes ini, cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya)
KUAH BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar
- Ubi kentang
- Sedikit mentega
- Sos lada hitam
- Sos tiram
- Kicap
- Sedikit serbuk lada putih
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit air bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk,kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan kisaran kentang dan bawang tadi.
4. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Masukkan juga sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
7. Masak hingga pekat dan naik bau. Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan bermacam-macam lagi.
PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis yang dibuang tulang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Segenggam cili padi
- Kiub ikan bilis
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kisar ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat dan kering. Tutup api.
4.Semasa menggoreng nasi boleh tambah fishball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
PES ASAM PEDAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- 1 biji tomato – buang biji
- Sedikit belacan
- Sedikit minyak masak
- Serai – diketuk
- Gula
- Perahan air asam jawa
- Garam & perisa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan serai, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan perisa dengan secukupnya.
5.Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Masukkan juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.
NOTA: Sukatan bahan bergantung jumlah sambal yang hendak disediakan.
Kredit resipi & foto : Sapina Shahabudin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Penggemar Sambal Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Rugi Tak Cuba

Bab makanan, bila teringin-teringin memang kena buat. Kalau tak, nanti asyik teringat dan tak senang duduk.
Menerusi perkongsian Norisma Miskan ini, dia merindui sambal kegemaran arwah abahnya dan terus buat Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai.
Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng sudah cukup menyelerakan.
RESIPI SAMBAL IKAN MASIN DAUN KUNYIT, SERAI DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi (kalau nak lagi pedas, boleh tambah) – beli online DI SINI
4 biji bawang merah – beli online DI SINI
4 biji bawang putih – beli online DI SINI
3 helai daun kunyit
3 batang serai – beli online DI SINI
Petai
Ikan masin (saya guna ikan kurau. Kalau ada ikan pari masin lagi sedap)
*Bahan-bahan di atas tu semua hiris ye
TONTON Minit Ekspress: Sambal Telur Pecah
TONTON Minit Ekspress: Sardin Masak Lemak Cili Api Belimbing
CARA-CARA:
1. Mula-mula, goreng ikan masin sampai masak. Lepas tu angkat dan toskan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap.
4. Lepas tu, masukkan daun kunyit dan serai hiris. Tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping. Gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam (kalau tak masin) dan secukup rasa. Bagi mendidih kejap. Waktu ni, kalau nak letak tempoyak pun boleh. Letak dalam 2 sudu besar. Kalau tak nak letak pun tak apa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Dah siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Norisma Miskan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Makan Cara Kampung , Menu Sambal Mangga Ikan Ni Buat Penambah Selera
Guna 3 Bahan. Wanita Ini Kongsi Resipi Garlic Chilli Oil Yang Pernah Dibuat Jualan
Tips Tak Perlu Masak Banyak Lauk, Boleh Guna Resipi Sambal Padang Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: